Wednesday, December 30, 2009

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM SPM

PANDUAN MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK

• BACA ARAHAN DENGAN TELITI
• Baca Soalan Dengan Cermat
• Fahamkan Kehendak Soalan
• Menandakan Isi Soalan
• Catat fakta Jawapan secara ringkas
• Jawab soalan yang anda pasti boleh jawab (KERTAS 1 BHG B)
• Tulis Jawapan Yang Lengkap
• Sesuaikan dengan jumlah fakta dan markah yang dikehendaki
• JAWAPAN SEBAIK-BAIKNYA DIMULAI DENGAN ISI SOALAN

Contoh;
Dua akibat menipu dan berbohong terhadap individu ialah;
1
2.

• BERI JAWAPAN yang betul sesuai dengan kata tugas

• Contoh;
• -Apakah
• -Senaraikan
• -Nyatakan
• -Jelaskan
• -Terangkan
• -Huraikan

• Latih diri menjawab soalan (ada fakta dan huraian)

• JARAKKAN DUA ATAU TIGA BARIS ANTARA JAWAPAN
• BOLEH BERI JAWAPAN LEBIH (HANYA UNTUK SOALAN KBKK)
• JAWAPAN BAGI SOALAN PERBEZAAN HENDAKLAH JELAS DAN SELARI (IKUT TEKNIK YG BETUL)


SOALAN HUKUM & ALASAN
 Betul Hukum (1m), Betul Alasan (1m).
 Betul Hukum (1m), Salah Alasan (0m)
 Salah Hukum dan Betul Alasan (0m)

 SOALAN HUKUM DAN ALASAN MERUJUK KEPADA

 Perkara sunat
 Perkara makruh
 Perkara rukun
 Perkara/ syarat wajib
 Perkara yang membatalkan
 Perkara syarat sah

 Hukum dalam ibadat

Wajib, sunat, makruh, harus, haram, halal, sah, tidak sah, batal
Contoh Soalan Hukum

• En. Ali melakukan sembelihan tanpa membaca Bismillah
Hukum: Sah
Alasan : Membaca Bismillah ketika menyembelih merupakan perkara sunat

Hukum: Makruh /sah
Alasan :Membaca Bismillah ketika menyembelih sangat digalakkan

Biasanya, soalan yang dikemukakan dari tajuk-tajuk;
-Perkahwinan, talak, rujuk dan idah
-Ibadat haji
-Korban
-Akikah
-Sembelihan
-Sewa

TEKNIK MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM

• BACA PILIHAN JAWAPAN DENGAN TELITI
• SINGKIRKAN JAWAPAN YANG SALAH DAN TIDAK SESUAI
• PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPAT
• JIKA RAGU, BULATKAN NOMBOR SOALAN DAN JAWAB SOALAN YANG LAIN
• HITAMKAN JAWAPAN PADA KERTAS JAWAPAN

TEKNIK BELAJAR TILAWAH & HADIS KEFAHAMAN

• INGAT AYAT DAN SURAH SERTA TAJUK
• FAHAMKAN INTISARI AYAT / HADIS SECARA KESELURUHAN
• FAHAMKAN SUB-TAJUK DENGAN BAIK
• FAHAMKAN MAKSUD PERKATAAN YANG SANGAT RELEVAN DENGAN TAJUK

AYAT HAFAZAN
TINGKATAN EMPAT
-Ayat 162-163 Surah al-An’am
-Ayat 1-11 Surah al-Mukminun
-Ayat 12-19 Surah Luqman

TINGKATAN LIMA
-Ayat 128-129: Surah at-Taubah
-Ayat 35: Surah an-Nur
-Ayat 21-24 :Surah al-Hasyr


KESILAPAN MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM
TIDAK IKUT ARAHAN
JAWAPAN MELERET-LERET - buang masa

Contoh jawapan meleret-leret
• Sebagai pelajar, kita hendaklah memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada rakan kita supaya tidak suka menipu dan berbohong kepada orang lain.Janganlah suka menipu dan berbohong pada diri kita sendiri kerana kita akan dipandang hina oleh masyarakat dan dianggap sampah masyarakat.Oleh itu, elakkan tabiat yang suka menipu dan berbohong.

TULISAN SUKAR DIBACA,TERLALU KECIL
MENGGUNAKAN BAHASA DAERAH cth; jimat (Azimat), limpas (lalu) dll
MEMBERI JAWAPAN YANG MEMPUNYAIPERSAMAAN MAKSUD /jawapan berulang-ulang

-Jelaskan dua akibat menderhaka kepada ibubapa (6 markah)
1.Mendapat azab daripada Allah SWT
2.Akan dimasukkan ke dalam neraka
3.Mendapat siksaan Allah SWT dunia dan akhirat

TIDAK MEMAHAMI MAKSUD KEHENDAK SOALAN
Jelaskan dua tujuan para nabi dan rasul diutus kepada manusia (4 markah)
1. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan rasul

TIDAK MEMBERI PERBEZAAN ATAU PERBANDINGAN MENGIKUT TEKNIK YANG BETUL

Nyatakan perbezaan antara korban dan akikah (4 markah)
1.Korban dilakukan untuk memperingati pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail manakala akikah dagingnya sunat dimasak manis

JAWAPAN TERLALU RINGKAS
Terangkan dengan ringkas sifat peribadi Ibnu Khaldun (6 markah)
Rajin
Cerdas
Baik

OLAHAN AYAT TIDAK LENGKAP
Contoh;
Dua kelebihan orang yang sentiasa menyegerakan segala urusan ialah
1. Dikasihi Allah SWT………
Seperti menyegerakan solat

OLAHAN AYAT / PERKATAAN TIDAK BETUL /KURANG BAIK

Contoh;
Tujuan Nabi Muhammad saw diutus sebagai rasul ialah
1. Mewujudkan ajaran Islam

MEMBERI JAWAPAN PILIHAN DALAM SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1
EJAAN SALAH spt kemungkaran Allah SWT = kemurkaan Allah SWT/ menzalimi
qiamullail = melazimi qiamullail

MENGGUNAAN BAHASA / PERKATAAN SMS
TIDAK MENULIS NOMBOR SOALAN DENGAN BETUL

 HINDARI DIRI DARI MELAKUKAN KESILAPAN SEMASA MENJAWAB SOALAN
 KESILAPAN YANG DILAKUKAN MENYEBABKAN PELAJAR KEKURANGN ATAU KEHILANGAN MARKAH
 PRAKTIS MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK SEBAGAI LATIHAN FIZIKAL, MENTAL DAN INTELEK....INSYAALLAH ANDA PASTI BERJAYA...YAKIN BERJAYA!.

Sunday, December 6, 2009

Adab di Tempat Rekreasi

Rekreasi adalah salah satu terapi minda dan rohani jika ia dilakukan berdasarkan tuntutan Islam yang sebenar.Namun,apa yang menyedihkan ramai orang Islam tidak memahami tuntutan syarak dan adab di tempat rekreasi terutama dalam bab menjaga aurat.Ramai yang tidak segan silu memperlihatkan aurat kepada bukan muhrim (ajnabi) dan yang paling menyakitkan mata ada di antara mereka ini yang berpakaian bikini atau hampir-hampir telanjang(maaf sekiranya keterlaluan).Bukankah ini merupakan dosa bukan sahaja kepada pelaku tetapi juga kepada pengunjung lain yang melihatnya?

Oleh itu, kita perlu sedar perbuatan itu adalah salah dan haram serta mendapat balasan azab di akhirat kelak.Sepatutnya pihak rekreasi perlu menyediakan peraturan(Islamic rules) khususnya kepada orang Islam khususnya peraturan pakaian dan tempat yang lebih sesuai seperti memisahkan tempat mandi lelaki dan wanita.

Tempat rekreasi adalah tempat awam bukan persendirian. Kita hendaklah perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar rekreasi yag kita lakukan mendapat pahala bukannya dosa atau bala.Wallahu 'alam

Wednesday, December 2, 2009

Menghargai Keagungan Ciptaan Allah SWT





betapa agungnya kekuasaanMu ya Allah
Betapa indahnya ciptaanMu
Diri ini terasa kerdil
Diri ini insan kekurangan
Diri ini terpaku..
Mata memandang tidak berkerdip
Lafaz zikir meniti di bibir
hati memahami dan menghayati
semua ini anugerahMu yang perlu disyukuri

Angin meniup...
Kabus menutupi ruang alam
Titisan hujan membasahi bumi
Bunga-bunga segar mewangi
seakan memahami lumrah alam
turut merasai keagungan Pencipta
taat menurut sunnatullah

Apatah lagi kita manusia
sebaik-baik ciptaan
dikurniakan akal fikiran
ketaatan pada Allah kita utamakan
kekuasaan Allah SWT jadi sandaran
pegangan dan pedoman kehidupan
terus menempuh ujian hidup
liku-liku perjalanan
pahit manis, suka duka
kerana kita yakin KeagunganMu ya Allah
tidak ada bandinganya

Thursday, November 26, 2009

Mesyuarat Pelaporan PBS Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan pada 23-25 November 2009 di PSPN Shah Alam





















Kekuatan

• Secara keseluruhannya, pelaksanaan PBS berjalan dengan baik mengikut prosedur dan jadual yang telah ditetapkan oleh LPM
• Pengurusan sistem fail dan format borang disediakan dan diselenggarakan mengikut kehendak LPM.
• Pemberian skor adalah akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh LPM
• Bahagian Penilaian dan Peperiksaan JPN, Unit Penilaian dan Peperiksaan gabungan dan daerah, pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan guru memberi kerjasama yang baik ketika pelaksanaan PBS.
• Pentaksir sekolah yang kompeten dan berkaliber dapat membantu murid melaksanakan PBS dengan baik dan lancar.
• Terdapat sekolah yang mengadakan program pemulihan khas Al-Quran (kaedah Iqra’) sebagai sokongan kepada PBS. Ini memberi peluang kepada pelajar memperbaiki pencapaian pemarkahan dari semasa ke semasa dalam tempoh yang telah ditetapkan.
• Semua sekolah kerajaan negeri dan swasta, pengetua dan GPI telah diberi pendedahan tentang pelaksanaan PBS bagi semua mata pelajaran.
• Ibu bapa memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah terutama dalam menilai dan memberi skor pemerhatian Adab dan Akhlak Islamiah (AAI).
• Murid-murid yang lemah berusaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi diri terutama dalam menghafaz ayat-ayat hafazan dan seterusnya dapat mengamalkan ayat-ayat tersebut sebagi wirid dan doa dalam kehidupan seharian.
• Penghayatan akhlak Islamiah murid-murid dalam kehidupan seharian bertambah baik kerana adanya penilaian dan pemerhatian adab.
• Murid-murid berusaha memperbaiki kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran terutama dari segi hukum tajwid dan fosahah.

Kelemahan

• Pelaksanaan Pafa masih belum diselesaikan sehingga bulan Julai
• Segelintir murid masih tidak dapat menghafal dan tidak berminat untuk menghafal
• Ada pentaksir sekolah dan kawasan yang terlalu rigid dalam menilai murid
• Perlaksanaan PBS lewat dilaksanakan menyebabkan ianya tergesa-gesa dilakukan
• Tiada keselarasan dari item soalan PBS
• Pengurusan fail yang tidak dikemaskini.
• Terdapat sekolah yang melantik dalam kalangan guru yang baru mengajar (tidak pernah mengikuti kursus PBS) sebagai Ketua Pentaksir Sekolah / kurang berpengalaman
• Terdapat Pentaksir yang tidak melaksanakan pentaksiran di sekolah
• Segelintir Pentaksir Sekolah tidak memahami kriteria pengskoran PBS
• Penambahan jumlah tuntutan elaun penyelarasan untuk KPKw dan PKw yang terpaksa melakukan perjalanan sukar semasa lawatan penyelarasan ke kawasan pedalaman dengan mengambil kira kesukaran dan aspek keselamatan KPKw dan PKw (contohnya perjalanan melalui jalan sungai dan laluan lori balak di Sarawak)


Saranan / Cadangan

a.LPM

• Mohon kerjasama semua pihak mematuhi kerja pengurusan dan pengumpulan skor PBS.(rujuk mukasurat 32)
• Sebarang perubahan format daripada LPM hendaklah dimaklumkan lebih awal.
• LPM hendaklah memberi arahan dan maklumat kepada pemantau dan penyelaras dalaman untuk melaksanakan pemantauan dan penyelarasan PBS di sekolah masing-masing.
• LPM hendaklah mengeluarkan pekeliling berkaitan kes-kes khas dan prosedur keselamatan PBS.
• Menyelaraskan tatacara tindakan ke atas pelajar bermasalah disiplin, bermasalah p & p dan status agama perlu disediakan.

b. SPP / UPP

• Pemantauan dan penyelarasan PBS dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada bulan April dan Julai
• Mesyuarat / taklimat pentaksiran PBS Pendidikan Islam peringkat negeri perlu diadakan pada awal tahun.
• Menyelaraskan tatacara tindakan ke atas pelajar bermasalah disiplin, bermasalah p & p dan status agama perlu disediakan.

c. KPN/KPKw/PKW/PKs/PS

-Pentaksir Negeri dicadangkan supaya melampirkan helaian kriteria pengskoran PBS P. Islam bersama dengan set soalan tahun semasa.
• Borang-borang yang hampir sama perlu disatukan bagi mengurangkan tugas perkeranian seperti borang pelaporan PBS dengan borang pelaporan perbezaan skor dan borang maklumat pentaksir dengan borang maklumat pentaksiran sekolah.


d. Sekolah

• Setiap sekolah perlu mengadakan kursus dalaman kepada semua GPI mengenai pelaksanaan PBS.
• GPI dan sekolah perlu memperkenalkan Pra PBS kepada Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
• Ayat-ayat hafazan dijadikan amalan bacaan harian dan doa sebelum memulakan p & p.
• Guru Tingkatan 1 dan 2 mesti menyelesaikan PAFA dalam tahun semasa.


Purata Indeks Ralat Toleransi PBS mata pelajaran Pendidikan Islam peringkat kebangsaan tahun 2009 ialah 1.7

Monday, November 16, 2009

LAPORAN PBS PMR PERINGKAT NEGERI SABAH 2009

Kekuatan

1- Fail induk Pendidikan Islam dan Fail Pentaksir disediakan dengan kemas dan sistematik .Secara keseluruhan sistem pengurusan dan pentaksiran bertambah baik berbanding tahun-tahun lepas.

2- Guru Pendidikan Islam memahami prosedur pentaksiran dari segi kaedah pentaksiran, penskoran dan pengurusan penyediaan soalan.

3. Guru berusaha gigih untuk melaksanakan pentaksiran dan menyiapkannya sebelum tarikh tamat tempoh pentaksiran.

4.Pentadbir memberi perhatian yang baik dan serius tentang pentaksiran dan memastikan guru melaksanakannya dengan baik.

5. Ketua Pentaksir Sekolah memberi kerjasama yang baik kepada pentaksir dan pemantau serta bersedia menerima pandangan penambahbaikan pengurusan dan pelaksanaan PBS.


2.Masalah dikesan:
PENGURUSAN
1. Penyediaan soalan tilawah dan hafazan tidak mengikut sukatan dan tidak selaras antara pentaksir. Soalan yang disedikan juga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dan ayat yang disediakan terlalu panjang sehingga menyukarkan pelajar untuk menghafaz.Terdapat juga guru menggunakan buku teks sebagai instrumen soalan (SMK Pekan 11 Kota Belud), menyediakan soalan dalam tulisan rumi sahaja serta tidak mengikut sukatan ayat tilawah dan hafazan yang ditetapkan.
2. Kebanyakan guru hanya melaksanakan penilaian sekali sahaja kepada pelajar sederhana dan lemah.Pengukuhan dan pemulihan tidak dilasanakan.

3. Pentaksir sekolah terutama guru baru kurang memahami pengurusan dan pelaksanaan PBS kerana tidak mendapat input yang jelas tentang PBS. Pentaksir tersebut juga tidak ada inisiatif untuk bertanya kepada guru yang lebih arif dan berpengalaman.
-pentaksir sekolah yang menandatangani borang AAI untuk ibu bapa
-borang instrumen pelajar tidak disi dengan lengkap

4. Penilaian tilawah dan AAI lewat dilaksanakan, sehingga pertengahan Julai masih ramai pelajar belum dinilai dan diberi skor, manakala Penilaian AAI diabaikan dan dilaksanakan lewat dari tarikh yang dirancang.
5. Segelintir guru tidak selaras dalam pemberian markah kepada pelajar yang ditaksir.

6. Guru pentaksir di SMK Nabawan, Nabawan tidak melaksanakan pentaksiran tilawah dan hafazan.Ketua Pentaksir sekolah tidak memberi penerangan kepada pentaksir lain yang masih baru mengajar.Ketua pentaksir sekolah juga tidak hadir ke sekolah semasa pentaksir negeri datang menyelaras walaupun telah dimaklumkan lebih awal.Ini bermakna ketua pentaksir sekolah tersebut telah mengabaikan tanggungjawabnya.

7. Terdapat beza skor yang tinggi sehingga 32 markah (Tilawah + hafazan).
8. Guru memberi markah yang tinggi kepada pelajar sedangkan pelajar tidak layak mendapat markah tersebut.

9. Pertukaran guru menyebabkan pelaksanaan PBS terhenti seketika.
10. Kelewatan mengedarkan pelantikan Kpkw dan Pkw yang menyebabkan pentaksir kesuntukan masa untuk melaksanakan penyelarasan di sekolah-sekolah.

11. Penataran PBS peringkat daerah tidak dijalankan.Ini menyebabkan berlaku kecairan maklumat tentang perubahan PBS dalam kalangan GPI.

12. Perbezaan skor sangat tinggi (SMKA Irsyadiah, Ranau, SMK Banggi kudat -20, SMK Ranau -17 dan SMK Matupang Jaya- 23), SMK Pengiran Omar – 15).Ini berlaku disebabkan kurang kefahaman pentaksir sekolah tentang kaedah penskoran PBS.Selain itu, pelajar tidak diuji secara berterusan dan tidak diberi peluang untuk memperbaiki tilawah dan hafazan.
Contoh; pelajar yang boleh membaca tilawah diberi markah 6.

13.Kebanyakan sekolah tidak menubuhkan jawatankuasa kes-kes khas dan tidak ada
mesyuarat khas untuk meyelesaikan kes-kes khas secara selaras seperti masalah ketidakhadiran secara berterusan, masalah murtad, gantung sekolah, buang
sekolah, sakit berpanjangan dan sebagainya.

14.Segelintir guru mengabaikan penilaian PAFA, ramai pelajar masih belum ditaksir sejak dari tingkatan 1 lagi. Begitu juga segelintir guru yang berpindah tidak
melengkapkan evidens pentaksiran.

Sunday, November 15, 2009

GERAKAN SOLAT ADALAH BERASAL DARIPADA WAHYU ALLAH SWT

Rasulullah saw mempelajari wudhuk dan gerakan solat daripada Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril

Diriwayatkan daripada Ibnu Ishaq, dia berkata: "sebahagian ulama menceritakan kepadaku bahawa ketika solat diwajibkan ke atas Rasulullah saw, Jibril mendatangi baginda ketika baginda sedang berada di atas bukit Mekah.
Jibril memukul sisi lembah dengan dengan tumitnya sehinga terpancar mata air. Lalu Jibril berwudhu', manakala Rasulullah saw memperhatikan sebagai pengajaran kepadanya bagaimana cara bersuci.Kemudian Rasulullah saw berwudhuk sebagaimana cara Jibril berwudhuk dan selepas itu kedua mereka berdiri bersama dan mengerjakan solat.Rasulullah saw pun mengerjakan solat sebagaimana solat Jibril. Lalu Jibril pergi. Rasulullah saw kemudiannya mendatangi Khadijah dan berwudhu' untuk memperlihatkan kepadanya cara bersuci untuk solat, sebagaimana yang ditunjukkan kepada baginda oleh Jibril.Lalu Khadijah berwudhuk sebagaimana wudhu' Rasulullah saw.Rasulullah kemudian solat bersama khadijah sebagaimana Jibril solat bersama baginda dan khadijah pun mengerjakan solat seperti solat baginda. (Rujuk buku Kuasa di Sebalik Solat oleh Syaikh Jalal Muhammad Syafi'i)

Saturday, November 14, 2009

KURSUS LDP DAN JAMUAN AKHIR TAHUN SEMPEN DI PROMENANDE HOTEL 14 NOV 2009

Pembentangan 1 ( Kompetensi Kecerdasan Minda)

oleh pengetua Sempen Abu Mos 'Onn bin Abu


"Pendidikan untuk minda dan juga hati"
Teachers should embrace student's heart as well as their mind

EIC ialah kebolehan untuk mengenali perasaan kita sendiri serta perasaan orang lain, memotivasikan diri kita sendiri dan mengurus emosi kita serta hubungan dengan orang lain.


Pembentangan 2 (Budaya Kualiti dalam perkhidmatan)
oleh En. Bunsu bin Gaga,
Unit Kepiawaian dan Dokumentasi, JPN Sabah
Masalah dalam kehidupan bekerja
* 1/3 tenaga disia-siakan kerana
1-membetulkan kesilapan
2-mencari barang
3-menyemak maklumat yang disyaki
4-membaiki dan membuat semula
5-meminta maaf kepada pelanggan kerana kesilapan
"Kepuasan pelanggan adalah petunjuk utama kepada kecemerlangan perkhidmatan"
Itulah antara butiran ceramah dalam LDP Sempen...yang penting kita ni perlu amanah dan ikhlas dalam budaya kerja, barulah kita ni cemerlang dunia dan akhirat....


Thursday, November 12, 2009

Majlis Khatam Quran dan Penyampaian Sijil Pusat Tahfiz Bestari Kota Belud


Dikendalikan sendiri oleh pengarah Pusat Tahfiz Bestari Kota Belud...Ust Farhan...seorang muallaf yang kini bergelar hafiz...


'Tahniah kepada anakku sulung dapat tempat pertama"

KURSUS PENINGKATAN PENGURUSAN PANITIA P.ISLAM DAERAH KOTA BELUD


10 November 2009 (Selasa) di PPD Kota Belud

Pendaftaran bermula jam 7.30 dan berakhir jam 4.30 petang
-melibatkan ketua panitia dan setiausaha sekolah rendah dan menengah


-aku dan ust Jamain jadi urusetia dan menguruskan semua perkara menggantikan ketua unit ust. Ramlee yang pada hari itu terpaksa hadir mesyuarat Khatam Quran peringkat Negeri



"Ketua-ketua panitia dan setiausaha didedahkan dengan cara pengurusan fail panitia yang lebih sistematik"


"ada anugerah fail panitia terbaik...belum diputuskan lagi.


-kebanyakan ketua panitia mengabaikan kertas minit dalam fail dan kurang faham maksud bank soalan...hampir semua buat koleksi soalan...sama-sama belajar ba


wbp hampir semua menyediakan fail dengan baik

Thursday, November 5, 2009

MAPEC dan KONVOKESYEN TING 5 & 6 SEMPEN 2009




Tahniah kepada para penerima anugerah cemerlang SEMPEN 2009.Tokoh Pelajar ialah Muhd Umar Jiman.


Majlis bermula pada jam 8.00 pagi, dirasmikan oleh YB Japlin Hj Akim.Majlis yang berlangsung pada 5 November 2009 sebenarnya 4 in 1 iaitu Majlis Anugerah Cemerlang, Konvokesyen, Majlis Restu Ilmu dan Maxis Cyberkids.
Majlis dimeriahkan lagi oleh persembahan nasyid daripada kumpulan soutul wildan

-Persatuan Agama Islam dapat anugerah unit terbaik kokum kelab dan persatuan 2009

"Tahniah kepada semua rakan GPI Sempen"

Harapan para guru SEMOGA PELAJAR MENDAPAT KEJAYAAN YANG CEMERLANG...





















Friday, October 30, 2009

anak-anak permata hati





Anak sulung - Mohd Rizq Farhan
Anak kedua - Mohd Rizq Isyraf
Anak ketiga - Mohd Rizq Irfan
senyum tawamu
tangisan manjamu
melingkari setiap ruang hati
sesaat ku tinggalkanmu
bergelora jiwa ini
membara rindu mencengkam kalbu
Engkaulah penawar duka
Engkaulah pengubat luka
Engkaulah penghibur di kala sunyi
Engkaulah permata hati abah dan umi
tenang hati memandang raut wajahmu
kelopak mata bersinar ceria
telatahmu mengusik rasa
subur kasih sayang umi dan abah
Ya Allah...betapa agungNya anugerahMu
anak kecil kini telah pandai berbicara
mendidiknya bukan semudah yang disangka
Nasihat Luqman al-Hakim penuh berhikmah
bukti kasih seorang ayah
kepada anak-anak amanah Allah
Ya Allah...berilah hambaMu kekuatan dan ketabahan
melayari perjuangan dan pengorbanan
Harapan dan keazaman membara
anak-anak ini menjadi insan berguna

Thursday, October 29, 2009

Rakan Ju Kurikulum

Keikhlasan cermin
kesucian hati,
sabar itu penahan derita
dan ketenangan hati
tanda redhanya jiwa

Basahkan lidahmu
dengan zikrullah,
sucikan hatimu
dengan kalamullah

Tiada kejayaan
semanis madu
tanpa usaha
sepahit hempedu

Monday, October 26, 2009

Perkongsian Fikrah di Wilayah Persekutuan Labuan

Gambar ketika di Bilik Seminar Manikar Beach Resort, WP Labuan

23 Oktober 2009 - jam 4.10 petang penerbangan ke Pulau Labuan untuk menghadiri majlis ilmu Seminar Teknik menjawab SPM di Manikar Beach Resort anjuran Tenaga Insan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur.

Saya telah disambut dengan mesra oleh consultant tenaga insan Cik Nordiana dan Cik Fatimah yang sedia menunggu ketibaan saya di airport Labuan, seterusnya membawa dan mengiringi saya ke bilik hotel dan dewan makan untuk minum petang. bersama saya seorang penceramah Sains, cikgu Eriana dari Sek Men Agama Inanam.

Kami dilayan dengan begitu baik dan ditempatkan di bilik VIP, bilik besar pulak tu...seronok rasanya, suasana pun tenang dan damai, amat selesa melakukan tugas-tugas.Sempat juga saya bersiar-siar di tepi pantai menikmati pemandangan indah di sana.

Esoknya slot ceramah bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 3.30 petang, tengahari rehat dan makan tengahari. Alhamdulillah para pelajar memberi komitmen yang sangat baik, sesekali slot diselitkan dengan iklan alunan selawat dan dbacaan doa supaya mereka tidak bosan.

Selesai ceramah saya dijemput oleh kawan saya Nurdiana Alwi, pen.pengarah JAWI Labuan untuk memberi penerangan kepada guru-guru di bawah pentadbirannya berkaitan dengan Teknik Menjawab P.Islam dan Tasawwur Islam SPM.Satu pengalaman yang bermakna berkongsi ilmu dengan guru-guru veteran,lucu pun ada..Saya dan Diana tidak putus-putus senyum dan ketawa melayan karenah kelas P.Ramlee, Diana yang gelar begitu...

Selesai ceramah, guru-guru veteran tu bersalaman dengan saya, ada yang mohon restu guru la, minta doalah, rasa terharu pula, mudah-mudahan guru-guru tersebut lulus dengan cemerlang...Sahabat saya Diana, i salute n respect u la, bukan semua insan segigih dan setabah kamu melakukan kerja-kerja amal begini, sanggup jadi guru kepada mereka semata-mata untuk bantu mereka naik pangkat dan gaji...mulia sungguh hati kamu...baarakallahu fiki.

Wednesday, October 14, 2009

Pemantauan PBS PMR/SPM di SMK Mat Salleh Ranau

14 Oktober...kira-kira jam 7.40 pagi, saya, cikgu Jasli Jitul dan cikgu Ishak Mohd Yusof, Penyelia Unit Penilaian dan Peperiksaan daerah Kota Belud telah bertolak ke Ranau untuk menjalankan pemantauan di SMK Mat Sallah atas arahan daripada JPN.Baru saya sedari lama juga saya tidak berkunjung ke daerah Ranau, lama sudah berhasrat mau bercuti di sana tapi masa belum mengizinkan agaknya...harap-harap cuti sekolah ni dapatlah bawa anak-anak bercuti menikmati suasana indah dan tenang di sana...

Pemantauan berjalan dengan lancar...dah jumpa penolong Kanannya yang begitu peramah. kawan lama kepada cikgu Ishak...lepas pemantauan kami belik ke KB tapi....singgah dulu beli buah durian...sebagai tanda dan buah tangan dari Ranau...alhamdulillah sampai ke KB pada jam 1.30 tengahari, lepas tu saya ke sekolah semula untuk urus beberapa perkara....risau ni ada cikgu yang belum key in markah tingkatan 5, saya nak key in pula markah-markah tersebut dalam online SPM....
17 oktober ni ada sambutan Aidilfitri di sekolah, masih dalam suasana raya....akhir Syawal. Mudah-mudahan kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan dan Syawal tahun depan....

Friday, October 9, 2009

GAYA BELAJAR ANDA


9 Oktober 2009 (Jumaat) - saya menghadiri Kem Kecemerlangan Akademik anjuran Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran negeri Sabah sebagai penceramah di Ostrich Lodge Kota Belud....Ini pertama kali saya menyampaikan ceramah bertajuk " Gaya Belajar Anda", biasanya saya dijemput untuk menyampaikan tajuk 'Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR/SPM atau Tasawwur Islam SPM....satu pengalaman yang indah...kita mesti yakin, bersemangat dan cekal menimba ilmu dan pengalaman....demi anak didik dan anak bangsa.

24 Oktober ini saya dijemput oleh Pusat Tenaga Insan Kuala Lumpur untuk menyampaikan ceramah Teknik Menjawab SPM di Wilayah persekutuan Labuan...dan esoknya ada satu lagi sesi ceramah "Gaya Belajar anda" di Ostrich Lodge Kota Belud.

14 Oktober...ada kem akademik di sekolah...saya juga yang dikehendaki memberi ceramah dan bengkel untuk subjek Pendidikan Islam SPM...Saya ni tidak suka menghampakan cadangan atau permintaan orang..selagi saya boleh lakukan saya akan lakukan....macam kapten boleh pula!

" Gaya belajar yang perlu dipraktikkan oleh pelajar hendaklah selari dengan tuntutan Islam"
1- meletakkan kecintaan kepada Allah, belajar dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. ianya adalah satu ibadat dan kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT untuk dilakukan.

2.Motivasi yang tinggi membara, kecekalan dan tanggungjawab juga mempengaruhi gaya belajar.di samping dorongan daripada keluarga, latar belakang kehidupan, rakan-rakan dan masyarakat...membantu belajar terus berazam tanpa mengenal putus asa dan rasa jemu untuk menimba ilmu.

3. gaya belajar yang betul ialah memberi tumpuan yang baik semasa P&P di bilik darjah atau ketika belajar secara individu atau study group
- 50% penumpuan di bilik darjah menyumbang kepada kejayaan menjawab soalan .

4.Ramai yang berpendapat waktu yang paling sesuai untuk belajar ialah pada waktu pagi di mana ketika itu minda kita dalam keadaan segar dan mudah untuk menerima sesuatu maklumat.
Dalam Islam menjelaskan waktu pagi adalah waktu yang semestinya digunakan untuk berfikir dan membuat persiapan.Waktu malam biasanya digunakan untuk mengulangkaji dan membuat kerja rumah atau latihan pengukuhan...ada juga pelajar cenderung untuk belajar pada waktu tengah malam seteleh tidur di samping menunaikan solat sunat seperti tahajjud...ada pula yang cenderung belajar selepas waktu subuh...ianya bergantung dengan kecenderungan dan kesesuaian.....
5. Buat penilaian kendiri dan latih tubi menjawab soalan-soalan

*Seorang pelajar perlu kreatif dan sistematik dalam merancang, mengurus dan melaksana gaya belajar yang lebih efektif agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar.....
*Semangat dan keazaman membara untuk berjaya bisa menepis semua masalah dan ujian dalam mencapai kejayaan..ANDA MESTI YAKIN ANDA BOLEH...

Sunday, October 4, 2009

Lawatan Eksplorasi Ilmu


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM TAMADUN ISLAM SABAH DAN KOMPLEKS TABUNG HAJI KOTA KINABALU ANJURAN PERSATUAN AGAMA ISLAM SMK PEKAN KOTA BELUD TAHUN 2009.....


MINGGU KESENIAN ISLAM SEMPEN



acara yang dipertandingan ialah...
1-hafazan ayat-ayat hafazan mengikut sukatan pelajaran tingkatan 1-5
2-khutbah Jumaat
3-Forum perdana
4-tulisan jawi
5-tulisan khat
6-nasyid - kemuncak majlis


" aktiviti / acara yang dijalankan merupakan salah satu usaha pendekatan dakwah agar pelajar cenderung melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran disamping menjadi alat pengukuhan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Ia juga satu usaha menggilap dan mengembangkan minat dan potensi pelajar dalam sesuatu kemahiran"


Terima kasih dan tahniah kepada para pelajar yang menyertai program ini.

Ziarah Aidilfitri

Thanx kepada rakan-rakan yang sudi datang rumah...InsyaAllah kami sekeluarga pula yang akan berkunjung ziarah...
Antara sahabat-sahabat jauh yang ziarah raya ke rumah ialah...
-Ahmad Abrian dan keluarga,bertugas di SMK Pitas, lain kali datang lagi ye...
-Nurdiana Alwi dan suami tersayang...orang Tawau.lama betul tidak jumpa dia ni...syukur ke hadrat Allah kita bersua juga...ada hikmah kawan sorang ni bertemu jodoh dengan anak kelahiran Kota belud...teruskan perjuanganmu Diana yang suci murni itu..

-Habibah Abdul Rashid dan keluarga...happy aku jumpa kou Bib, rindu betul dengan kou...kawan rapat sejak di TPHR seterusnya di UIA hingga kini...lain kali kita sambung sembang lagi...banyak cerita lucu mau cerita lagi ni....

....Apa yang penting..sahabat dekat atau jauh...budaya ziarah ini sangat bermakna dalam hidup, menghibur hati , mengubat rasa sunyi, bertukar maklumat, menambah pengalaman, berkongsi suka duka...erat kemesraan....

-mau tunggu lagi sahabat lain datang ziarah ni....jgn lupa bagi tahu supaya dapatlah aku ni sedia makanan sedap sikit....he..he..he...

Thursday, September 24, 2009




Aidilfitri 2009

anak-anak bermain bunga api
riang ceria menghibur hati
Ramadhan pergi Syawal berganti
maaf zahir dan batin ikhlas di hati

pulut dimasak dengan santan
kuah satay menambah kelazatan
saling berkunjung keluarga dan rakan
erat silaturrahim jalin kemesraan

gema takbir di pagi raya
tanda keagungan yang Maha Esa
jangan lupa pada yang tiada
al-Fatihah...hadiah untuk mereka

"Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT

Kenangan Adilfitri 2009

Friday, September 18, 2009

MAJLIS IFTAR SEMPEN




15 September 2009 - majlis iftar SEMPEN telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam SMK Pekan Kota Belud atas cadangan ust. Cik Roslan.

Alhamdulillah majlis iftar mendapat sambutan yang baik daripada para guru dan para pelajar.Lebih kurang jam 5 petang para guru dan sukarelawan mula bertungkus lumus membuat persiapan tempat dan juadah...rasa seronok suasana begini,semangat bekerjasama dirasakan jalinan ukhuwwah dieratkan...apatah lagi diselitkan dengan gurau senda dan gelak ketawa...tentu rasa riang dan ceria...

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh adik pelajar Muhd Umar bin Jiman, johan qari MTQ negeri Sabah 2008 dan 2009.Alunan bacaannya menenangkan jiwa menusuk kalbu, membisikkan kalimah suci mengagungkan kebesaran Illahi, rasa redha dan syukur atas nikmat Allah SWT yang maha Agung, menambahkan kecintaan kepadaMu ya Rabbi....

Selesai majlis iftar, para pelajar dan guru menunaikan solat maghrib, solat Isyak dan Tarawih di surau SEMPEN.walaupun surau sekolah kecil dan agak dhaif tapi ini bukan alasan untuk tidak mengimarahkan surau...betul kan?..Sebenarnya surau lama dirobohkan dan sekarang ini sekolah sedang dalam pembinaan bangunan baru...Mudah-mudahan dapatlah surau yang lebih kondusif selepas siap pembinaan nanti.

Syukran kepada guru-guru dan para pelajar yang menjayakan majlis ini...Terima kasih juga atas sumbangan ikhlas yang diberikan.Semoga kita mendapat limpah rahmat dan maghfirah Allah SWT....amin!!!
















Sunday, September 13, 2009

Salam Aidilfitri






Alhamdulillah hari ini genap 24 hari kita berpuasa...seluruh Muslim dan Muslimat bersiap sedia meraikan hari kemenangan dan kegembiraan pada 1 Syawal yang bakal menjelang tiba..Persoalannya adakah kita benar-benar mendapat kemenangan, menang memerangi nafsu dan syaitan, adakah kita benar-benar gembira dan bahagia...mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat....Ramai orang Islam berpuasa tetapi masih lagi melakukan perkara mungkar, dan tidak kurang juga ada yang tidak berpuasa sepanjang Ramadhan tetapi menyambut aidilfitri dengan gembira...adakah itu yang dimaksudkan dengan kegembiraan yang sebenar.

Kita berasa gembira kerana kita telah berjaya mengharungi ujian Allah SWT, bukan sekadar menahan makan dan minum tetapi menahan diri kita daripada melihat, mendengar dan memikirkan perkara yang tidak baik...dan apa yang penting sekali, kita berusaha untuk mempertingkatkan kualiti ibadat kita dari semasa ke semasa...bagi mereka yang tidak pandai membaca al-Quran, maka berusahalah untuk belajar..."di mana ada kemahuan di situ ada jalan", Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita. Jangan beri pelbagai alasan, perkara yang wajib jika diabaikan berdosa besar tau!..Kita tidak tahu bila ajal kita tiba...biarlah kita menemui Allah SWT dalam keadaan kita tenang...dan beramal ibadat kepadaNya....


Kepada ahli keluarga, rakan-rakan tidak kira di mana jua berada dan pelajar SMK Pekan Kota Belud ...Selamat Hari Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin....

Aidulfitri merupakan tuntutan fitrah manusia, fitrah makan dan minum, berkasih sayang, menghubungkan silaturrahim dan ziarah-menziarahi, kasih-mengasihi, mencintai keharmonian melalui tradisi bermaaf-maafan tanpa mengira darjat, taraf dan bangsa.

Melalui perayaan ini juga, syiar Islam disebarkan melalui laungan takbir dan tahmid memuji keagungan dan kebesaran Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran yang tidak tehingga atas nikmatNya.

Pendek kata, aidulfitri adalah perayaan rahmat daripada Allah SWT yang menyatukan amalan duniawi dan ukhrawi...Wallahu A'lam


Friday, September 11, 2009

Mesyuarat Penyelarasan PBS Kebangsaan



LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN SKOR PBS PENDIDIKAN ISLAM PMR
TARIKH: 25 – 27 MEI 2009
TEMPAT: BILIK ZAMRUD, HOTEL EMPRESS, SEPANG

Tarikh : 26 Mei 2009
Masa : 8:.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat: Bilik Zamrud Hotel Empress

Pengerusi dan Pembentangan: Ketua Pentaksir Kebangsaan iaitu Hj Jamaluddin b Halid

Kehadiran

1. Tn Hj Jamaluddin b Halid, Ketua Pentaksir Kebangsaan

2. Pn Fauziah Dinel,ketua Pentaksir Negeri Sarawak

3. Pn Norizan Mohammad, Ketua Pentaksir WP Putra Jaya

4. Cik Hjh Badriyah Shaikh Ahmad, Ketua Pentaksir Negeri Sembilan

5. Pn Hjh Faridah Amir, Ketua Pentaksir WP Kuala Lumpur

6. Pn Zarina A Rahman, Ketua Pentaksir Negeri Johor

7. Pn Hasnah Nik Hassan, Ketua Pentaksir Negeri Kelantan

8. Pn Pazdriyah Yacob, Ketua Pentaksir Negeri selangor

9. En Zulkifli Abd Rahman, Ketua Pentaksir Negeri Perlis

10. En Zainul Azhar Hj Yaacob Bakari, Ketua Pentaksir Negeri Pulau Pinang

11. En Suhaimi hj Endut, Ketua Pentaksir Negeri Pahang

12. En Wan Azman Wan Awang, Ketua Pentaksir WP Labuan

13. En Mohd Alwi b Shabudin,Ketua Pentaksir Negeri Kedah

14. Pn Rosnani Sidin, Ketua Pentaksir Negeri Sabah

15. Pn Hjh Saudah Mohd, Ketua Pentaksir Negeri Trengganu

16. En Tuba Nihrir Hassan, Ketua Pentaksir Negeri Melaka

17. En Abd Malek Awang, Ketua Pentaksir Perak


Pembentangan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ustaz Hj Jamaludin b Halid adalah berdasarkan buku Pentaksiran Islam PMR

1. KRITERIA PENSKORAN (RUJUK BUKU PENTAKSIRAN)
A. SKOR TILAWAH AL-QURAN

12 - CEMERLANG
9 - KEPUJIAN
6 -PENCAPAIAN


i. Calon yang tidak boleh membaca petikan tugasan teks al-Quran, guru dikehendaki menyuruh calon membaca teks al- Fatihah, barulah dikategori layak mendapat markah 6.
[Instrumen al-Fatihah dipaparkan di atas instrumen tilawah yang lain].

* Skor 6, 9 dan 12 kekal merujuk kepada kriteria yang ditetapkan

ii. Instrumen tilawah al-Quran boleh dirumikan. Calon boleh membaca al Al-Quran berdasarkan teks al-Quran yang dirumikan ( atas usaha murid itu sendiri, bukannya guru).
iii. Markah '0' kepada calon yang tidak hadir atau tidak mengambil peperiksaan.
iv. Calon yang tidak hadir, guru perlu ada bukti secara “black and white” seperti surat ketidakhadiran. Setiap laporan lawatan ke rumah hendaklah direkodkan [sebagai langkah-langkah keselamatan guru]


2. Calon pendidikan khas @ pekak dan bisu perlu memohon pengecualian daripada Pengarah Pelajaran Negeri.
3. Calon lembab (slow learner) dinilai oleh guru khasnya. Bagi calon lembam yang tidak ada guru khas, perlu memohon pengecualiaan daripada Pengaarh Pelajaran Negeri.

4. Calon yang tidak hadir, perlu ada bukti seperti rekod pergerakan mengesan calon dll

SKOR HAFAZAN
6 -Cemerlang
4 -Kepujian
2 -Pencapaian

· Murid gagal menghafaz ayat-ayat hafazan yang panjang.
· Sebagai cara untuk mengatasi masalah murid yang gagal menghafaz ayat-ayat hafazan, semua guru Pendidikan Islam dicadangkan supaya;
- murid membaca ayat hafazan sebagai latih tubi bacaan ayat hafazan setiap kali memulakan Pengajaran dan Pembelajaran
- mengedarkan ayat-ayat hafazan kepada murid.


B. SKOR ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
· Penilaian ibubapa adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
· Penilaian rakan sebaya boleh dijalankan oleh mana-mana rakan murid tersebut
· Penilaian guru: diambil kira penilaian guru mata pelajaran lain seperti guru kelas dan guru mata pelajaran
· Guru dicadangkan beri markah muktamad pada bulan Julai
· Murid asrama yang tinggal di asrama.
i. Ibubapa adalah penilai utama atau,
ii. Guru tingkatan dan warden boleh menilai murid tersebut[ seperti Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti]
· Sijil UTH tidak wajib dikeluarkan kerana telah tercatat dalam sijil sebenar PMR
C. PAFA
Pemarkahan : Lulus / gagal
Penekanan wajib dilaksanakan mulai dari tingkatan 1 – 3
Sijil PAFA tidak wajib dikeluarkan kerana telah tercatat dalam sijil sebenar PMR

Mesyuarat Postmortem PBS Pendidikan Islam PMR PERINGKAT NEGERI SABAH

Mesyuarat pelaporan dan postmortem PBS telah berakhir tadi 11 September 2009 pada jam 10.45 pagi.Beberapa orang KPKW tidak hadir kerana sebab tertentu tetapi mereka telah menghantar laporan penyelarasan dan beza skor.KPKW yang hadir ialah;
1-Mohd Zulkifli Saari
2-Siti Norbayah Samion
3-Redzuan Mohamed
4-Lansian Marul
5-Ahmad Abrian
6-Norazman Md Noh
7-Mohd Shukor bin Bahari
*Syukran kerana sudi berjihad hadir mesyuarat dan terima kasih atas komitmen dan komen yang diberi...InsyaAllah kita cuba yang terbaik.
*Masih ada KPKW yang belum hantar laporan, mohon hantar secepat mungkin melalui e-mail.
Alhamdulillah, ada penambahbaikan dari segi pengurusan dan pentaksiran PBS di sekolah, ramai pentaksir semakin faham dan telus melaksanakan tugas dengan dedikasi.Cuma pentaksir luaran menghadapi masalah pengurusan dari pihak sektor peperiksaan...InsyaAllah saya akan sampaikan segala komen membina kepada pihak berkenaan ...dan diharapkan pihak berkenaan dapat membuat tindakan yang sewajarnya...

* Berusahalah untuk meningkatkan kualiti kerja

Tuesday, September 8, 2009

PANTUN P&P PENDIDIKAN ISLAM

Pantun merupakan salah satu kemahiran teori kecerdasan pelbagai (TKP) yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Ia bukan sahaja menarik tetapi dapat mencungkil dan mengembang bakat dan kemahiran pelajar serta merupakan cara mudah dan berkesan untuk mengingati fakta-fakta pembelajaran....
contoh;

Ahli Sunnah Waljamaah memperjuangkan agama
Berpegang pada Al-Quran dan Sunnah
Iman Abu Asy'ari pengasas utamanya
menentang bid'ah menghidupkan sunnah

Ahli Sunnah waljamaah menegakkan kebenaran
menyelesaikan masalah dan pertelingkahan
membersihkan akidah daripada kesesatan
jiwa tenang mendapat keredhaan

Sunday, September 6, 2009

Tazkirah Ramadhan SEMPEN

Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Kita sangat digalakkan menghidupkan bulan ramadhan dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti membaca al-Quran, solat tarawih, qiamullail, bersedekah, berzikir, berselawat dan banyak lagi amal kebaikan yang lain.

Pahala puasa dan ibadat yang kita lakukan pada bulan ramadhan dilipatgandakan oleh Allah SWT berbanding pada bulan-bulan yang lain.

Sabda Rasulullah s.a.w…: " Setiap amalan anak Adam itu dilipatgandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga 700 kali ganda"

Puasa Ramadhan banyak fadhilat dan kebaikannya....Antaranya ialah

1- mendidik nafsu yang lebih banyak mengajak kepada keburukan agar berubah menjadi nafsu yang tenang dan tenteram serta bersedia menjunjung perintah Allah SWT.

2- Mendidik jiwa bersifat sabar dan tabah menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran menempuh perjuangan hidup

3- Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah yakni keji seperti tamak, sombong, hasad dengki, mengumpat, menipu, berbohong dan banyak lagi.


4- Memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud " Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat" Sabda Baginda lagi " Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu adalah punca penyakit"

5- Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas kasihan terhadap orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik

6- Menginsafkan diri kita bahawa kita adalah makhluk dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri kepada Allah SWT dan mengharap limpah kurniaNya.

Amalan puasa diwajibkan, antara lain untuk memerangi syaitan.
Selain berlapar dan menahan diri daripada makan dan minum, kita juga dikehendaki menjaga pendengaran, penglihatan dan perkataan atau pertuturan kita.

Berlapar dengan tujuan menyempitkan perjalanan syaitan. Syaitan berjalan dalam diri kita melalui saluran darah. dengan berpuasa, syaitan tidak berpeluang menjadikan pembuluhan darah sebagai tempat laluannya.

Telinga turut berpuasa dari mendengar yang haram, mulut dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik, mata pula dilarang melihat perkara yang haram.

Ini dilakukan dengan penuh ketaatan dan keyakinan, syaitan tidak berpeluang memerangkap kita di bulan ini. Tambahan pula pada bulan ini ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga....

Antara amal ibadat yang sangat digalakkan dalam Islam dalam bulan ramadhan ialah Qiamullail
Qiyamullail (tarawih) di bulan Ramadhan ini sebaiknya dilakukan dengan berjamaah agar tercatat sebagai orang yang melakukan qiyamullail (secara sempurna),

sebagaimana disebutkan dalam hadits, ertinya, ،"Barang siapa yang mendirikan solat malam bersama dengan imam sampai selesai maka dicatat baginya solat satu malam.، (Riwayat penulis as-Sunan)

Oleh itu, janganlah kita lalai menyempurnakan solat tarawih dengan ikhlas serta mengharap keampunan Allah SWT...

Selain Qiamullail, kita hendaklah Berusaha Meraih Lailatul Qadar.Keutamaan malam ini amatlah besar, sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Qadr yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Quran pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apa malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.،¨ (Surah al-Qadr: 1-3)

Ini bermakna, sesiapa yang meraih malam Lailatul Qadr akan dikurniakan ganjaran pahala melebihi ganjaran pahala yang dikurniakan kepada mereka yang beribadah selama seribu bulan atau selama 83 tahun 4 bulan berbanding dengan malam yang lain.

Kebanyakan ulama' menegaskan kemungkinan berlaku malam lailatul Qadr pada salah satu daripada malam ke sepuluh terakhir. Orang yang tekun beribadat pada malam-malam tersebut akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Bersahur adalah makanan yang berkat. Rasulullah s.a.w bersabda: "Makanan sahur semuanya bernilai berkah, maka jangan anda tinggalkan sahur sekalipun dengan seteguk air. Allah SWT dan para malaikat mengucap salam kepada orang-orang yang makan sahur". (Hadis Riwayat Ahmad)
Sabda Rasulullah a.a.w ;" Perbezaan antara puasa kita (orang Islam ) dengan puasa ahli kitab adalah makan sahur" (Riwayat Muslim).

Pada bulan Ramadhan, selain berpuasa kita sangat dituntut / sunat memperbanyakkan zikir, berdoa dan beristighfar kepada Allah SWT yakni memohon keampunan atas segala dosa yang telah kita lakukan. Antara waktu-waktu yang mustajab untuk dimakbulkan doa ialah;

1. ketika berbuka puasa
2. sepertiga malam terakhir
3. beristighfar pada waktu sahur
4. hari Jumaat terutama di akhir siang (menjelang asar)

Sekian untuk renungan bersama.

Prasangka Baik

RENUNGAN & TAZKIRAH

Sabda Rasulullah saw:” Jauhilah oleh kamu prasangka yang tidak baik, kerana
Sesungguhnya prasangka yang tidak baik Itu seburuk-buruk percakapan”
-Hadis Riwayat Muslim


ORANG YANG MENYIMPAN PRASANGKA YANG TIDAK BAIK HENDAKLAH SEGERA MEMOHON MAAF KEPADA ORANG BERKENAAN DAN BERTAUBAT KEPADA ALLAH SWT


Kebaikan Prasangka Baik
-merupakan satu doa dalam minda dan hati
-Allah memberi kejayaan kepada mereka yang sentiasa berprasangka baik
-memacu diri untuk gigih berusaha dan bersemangat
-membentuk hubungan baik sesama manusia

Pulau Kasut, Langkawi

Seronoklah jalan-jalan sight-seeing di Pulau langkawi.Banyak pemandangan indah yang boleh menenangkan fikiran dan hati...juga menambahkan keyakinan, keimanan dan kesyukuran atas anugerah Allah SWT...betapa agung dan besar kekuasaanMu ya Rabbi...!

Thursday, September 3, 2009

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Islam PMR

Mesyuarat laporan PBS PMR dimaklumkan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan akan dilaksanakan pada 10-11 September 2009. Bukan main lagi aku ni sibuk call dan sms semua KPKW mengingatkan mereka untuk menyiapkan laporan...KPKW pula sibuk sms dan call PKW...ada yang gelabah sebab tidak siap...yang paling hangat, ada yang bagi tahu komputer kena virus, hilang data dan laporan and macam-macam lagi la...Aku dah ingatkan banyak kali setiap kali mesyuarat kalau buat kerja jangan last minit....kita menyelaras dan memantau ni kena banyak ambil iktibar, ambil dan ikut mana-mana yang baik dan tinggalkan mana yang negatif...tapi apa yang berlaku, kita nilai kesilapan orang tapi kita tidak nilai/ muhasabah diri kita dulu...bukan pentaksir di sekolah ja last minit..Aku sendiri, PKW,KPKW pun begitu...tapi bukan semua...aku salute ramai rakan aku yang sangat prihatin dan dedikasi serta memberi sokongan padu untuk aku meneruskan hayat Ketua Pentaksir Negeri ni..bukan senang tau mau jadi ketua...bukan mau glamer tapi amanah yang ditanggung tu amat berat...Aku faham juga mungkin ada yang sangat sibuk dengan kerja-kerja di sekolah, lebih-lebih lagi sekarang ni musim trial exam, pulun habis la menurunkan ilmu dan petua kat anak didik....

Apapun....Sempena bulan puasa ni marilah kita sama-sama berusaha buang tabiat buat kerja last minit ni...terus-terang aku cakap..aku memang tidak suka kerja last minit, sesak nafas aku dibuatnya...Cuma adakalanya, kerja tu terpaksa last minit sebab dari orang pun last minit, tiba-tiba pass sama kita...so aku belajar juga cool diri, tarik nafas dan usaha yang terbaik dan termampu....mudah-mudahan apa yang kita buat mendapat hasil yang terbaik untuk anak didik kita... juga tidak lupa saya minta maaf banyak-banyak andai apa yang saya kata ni menyinggung perasaan...ini sekadar renungan kita bersama untuk bekerja dengan lebih baik, tidak salah kan kalau kita ingat-mengingat...

Senarai Ketua Pentaksir Kawasan PBS Pendidikan Islam mengikut daerah
1.ust Zulkifli Saari - Kota Kinabalu - orangnya teliti buat kerja tau!
2.ustz Ailen Usok - Penampang - kakak kesayangan aku ni!
3.ust. Ahmad Abrian - Pitas - gc ni, jangan main-main!
4.ust.Yukarmi Yusuf- Kota Marudu - orangnya cool ja!
5.ustz Lansian Marul - Kudat - adik aku yang cepat gelabah ni!
6.ustz Siti Norbayah Samion - Sandakan - kakak senior aku!
7.ust. Mohd Tarmimi - Beluran -KPKW aku yang paling kelakar!
8.ust Mohd Azrul Mahbub - Tongod /Telupid - adik rakan ju...apa khabar wak?
9.ustz Mardina Amie - Tawau - kakak aku yang manja, gc juga ni tau!
10.ustz Sharifa Samsudin - Semporna - susah nak contact dia ni!
11.ust Redzuan Mohamed - Lahad Datu -adik aku yang sporting!
12. Hasni Risi - Kunak - Rajin buat kerja ni!
13.ust Mohd Zaidi Mustapha- Kinabatangan - macam serious ja orangnya tapi tidak!
14.ust Mohd Shukor Bahari - Papar - senior UIA yang petah bercakap!
15.ustz Norhafiza Mustapha -Tuaran - bersedia membantu
16.ust Jamain Majid -Kota Belud- rakan seperjuangan tukar fikrah
17.ust Azizi Muji-Ranau - da jadi Ketua Unit P.Islam Ranau ni
18.ust Sulaimin Musinin-Keningau - aktif dalam dakwah
19.Ust. Shahidan Ilyas-Nabawan - selalu senyum
20.ustz Zaitun Naim-Tenom - dedikasi buat kerja
21.ust Maidis Pongot - Tambunan - orang lama yang berpengalaman
22.Norazman Mohd Noh -Beaufort - prihatin orangnya
23.Abd Malek Hitam -Kuala Penyu -KPKW yang selalu awal bagi laporan
24.Omar Saad -Sipitang - nak pegi sekolah ustaz untuk menyelaras tapi tak sempat

SYUKRAN KEPADA KPKW DAN PKW PBS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2009....
jangan lupa hantar laporan dan claim ya...bawa masa mesyuarat.
Perkara yang perlu dilaporkan
1-Laporan penyelarasan
- Kekuatan
-Kelemahan / masalah yang dikesan
-Cadangan / tindakan
2-laporan Beza Skor (semua sekolah yang diselaras) cth;
beza skor 0 = 10 0rang
beza skor 2 =12 orang
dan seterusnya...macam tahun lepas juga, cuma ada penambahan kira index ralat.
*kalau tidak dapat kira peratus dan index ralat tidak apalah...saya faham ada yang baru...

JUMPA LAGI

Wednesday, September 2, 2009

Penggubalan Soalan Excel 2009


Inilah antara wajah-wajah yang bertungkus lumus menggubal, menyemak dan menyiapkan soalan excel PMR dan SPM 2009 bagi Subjek Pendidikan Islam...memang bukan senang memerah otak untuk membina item, perlu memahami dengan baik aras soalan, konstruk, skema pemarkahan, bentuk-bentuk soalan dan yang penting sekali membina JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) sebelum membina soalan.Mula- mula buat JSU ni bukan main bingung sebab tidak faham...tapi bila dah berkali buat...rupanya JSU ni memandu kita membina item dengan baik....kepada rakan-rakan jangan fed up belajar buat JSU macam buat kek bah...kena sedia dulu bahan-bahannya, dah sedia baru bancuh kek...belajar ni memang ada yang susah dan senang...apa pun kita kongsi pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ada...semakin kita banyak belajar, semakin kita rasa betapa sedikitnya ilmu yang kita ada....
* peperiksaan excel 2 SPM akan diadakan dalam bulan September ini...good luck kepada semua pelajar.

Tuesday, September 1, 2009

Jalinan Silaturrahim

Saya sering terkenang saat-saat manis menjadi pelajar di SMUI Toh Puan Hajjah Rahmah, Sembulan Kota Kinabalu (1987-1992).Di situ lah saya belajar erti dan hakikat kehidupan yang sebenar...Seronok belajar ketika itu..walaupun jadual belajar agak ketat tapi sebab itulah saya dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading.Masih terbayang-bayang wajah-wajah manis guru yang mengajar, masih terdengar-dengar suara guru yang mencurah ilmu....masih terngiang-ngiang di telinga nasihat para guru mendorong pelajar supaya belajar dengan tekun...antaranya Ust. Baharuddin Hj Alwi, Ustz Norhayati, Cikgu Dg Jaudah dan ramai lagi....

Saya sering teringat kata-kata allayarhamah ustz Misliah yang sering mengingatkan pelajar ketika itu supaya memperbanyakkan ibadat puasa sunat, solat sunat dan amal kebajikan yang lain...semoga Allah sentiasa merahmatimu ustazah.....

Sahabat-sahabat di TPHR tidak pernah dilupakan, ada yang masih berhubung dan ada yang lost contact...alhamdulillah semua kita menjadi manusia yang berguna..sama-samalah kita kibarkan panji perjuangan dan pengorbanan menjadi Khalifah Allah di muka bumi ini...
mudah-mudahan jalinan silaturrahim kita berkekalan hendaknya...

* SMUI TPHR dalam kenangan....*

Sunday, August 30, 2009

Mengapa kecundang dalam pelajaran?

Antara faktornya ialah
- kurang keyakinan diri, berasa rendah diri, beranggapan diri tidak pandai...menyebabkan hilang semangat dan tidak berminat untuk belajar ......ATAU merasakan diri sudah cukup pandai, bersikap sombong dan beranggapan tidak perlu belajar lagi...

-Virus "handphone" yang semakin menular penggunaannya dalam kalangan pelajar serta menjadi teman setia menjadi satu gangguan untuk memberi tumpuan ketika belajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana sahaja. Kalau dulu, teman setia pelajar ialah "buku nota"

-Sikap malas dan selamba serta tiada inisiatif untuk berdikari sendiri...pelajar dulu, guru tidak dapat masuk kelas pun tetap belajar dan ulangkaji tanpa disuruh....sebab itulah mereka berjaya.

-Sikap hormat kepada guru semakin terhakis...kebanyakan pelajar tidak menghiraukan nasihat guru, tidak melaksanakan kerja rumah walau diberi peringatan berkali-kali,Pelajar dulu, kalau kerja rumah tidak siap, bergegar lutut pergi sekolah...itulah mereka jadi manusia berguna.

-Kurang penghayatan agama terutamanya mengabaikan solat fardhu..tiap-tiap hari baca doa berkali-kali supaya ditambah ilmu, dikuatkan ingatan...tapi tidak juga bertambah ilmu, bahkan semakin kurang ilmu dan menjadi pelupa...mengapa?...kerana perkara asas dan wajib tidak dilaksana, berdoa pula main-main tanpa pengharapan dan keikhlasan.

"ingatlah wahai pelajar sekalian...betapa peritnya hidup tanpa ilmu..Ilmu dunia dan akhirat"

Friday, August 28, 2009

Cetusan Fikrah Perkongsian minda


Teknik Ulangkaji yang berkesan (Pendidikan Islam)
-Baca dan buat nota ringkas sesuatu tajuk sebelum diajar oleh guru- Guna teknik peta minda
dan pen pelbagai warna
-Fahamkan kandungan tajuk semasa pengajaran dan pembelajaran dengan baik
-Ulangkaji semula di rumah dengan menjawab soalan-soalan, contoh soalan SPM/PMR TAHUN-
TAHUN LEPAS atau modul latih tubi SPM / PMR mengikut teknik yang betul
-kaedah ulangkaji / mengingat fakta dipelbagaikan mengikut kesesuaian seperti
*teknik bercerita(ceritakan kepada kawan atau dengar kawan bercerita tentang sesuatu
tajuk)
*teknik pandang dengar seperti tiap-tiap hari melihat atau mendengar bacaan ayat-ayat
hafazan PMR /SPM melalui komputer/ laptop/kaset/CD/handphone atau lembaran ayat
yang ditampal di dinding kelas atau bilik...diikuti latih tubi menulis ayat dan menjawab soalan
berdasarkan format SPM/PMR
*latih tubi memahami dan menjawab soalan permasalahan hukum-hukum wajib, sunat,
makruh, harus dan haram
*kaedah akronim...contoh, ingat rukun kahwin: SISWA (suami, isteri,saksi, wali, akad nikah)
*Kaedah soal jawab / kuiz sesama kawan seperti tajuk ciri-ciri ajaran sesat Qadiani, Taslim dan Bahai- cari perbezaan dan persamaan ciri-ciri kesesatan tersebut...atau guna kaedah uji diri sendiri (penilaian kendiri)
#Kegigihan asas kejayaan

Kerinduan Padamu Ramadhan

rangkaian hati bertaut..
mengingatimu...
dada semakin berdebar
menunggu kunjunganmu...
betapa rindunya aku menemuimu

dalam amal dan doaku...
tidak putus-putus mengharap
berilah kesempatan bagiku
merasai kasih sayang dan sentuhanmu
sesungguhnya ada hari yang lebih baik dari seribu bulan
pautan jannah mahligai firdaus
mengharap maghfirahMu Ya Allah..

kesucian hati ketenangan jiwa
melalui setiap dugaan yang esa
sentuhan rahmatMu kurasai
keagunganMu kusyukuri
bintang berkelipan..bulan bercahaya
kecintaanku padaMu semakin membara
HidayahMu sentiasa kupinta....
Lindungilah aku dari segala noda dan dosa...
28 Ogos 2009 -Jumaat, my son 7th years birthday Mohd Rizq Isyraf - selamat ulang tahun sayang, umie doakan moga Isyraf jadi anak yang soleh dan bahagia dunia dan akhirat.

Program Ceramah Ilmiah

Program Ceramah Ilmiah anjuran Persatuan Agama Islam dan Surau SMK Pekan Kota Belud yang dibahagikan kepada 4 fasa ceramah bermula April hingga Ogos telah berakhir dengan jayanya....Mudah-mudahan pengisian ceramah dapat memandu pelajar menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia, patuh pada ajaran agama...
terima kasih kepada pelajar Mohd Umar bin Jiman yang membantu guru-guru agama dalam menjayakan ceramah tersebut...

Ceramah 1 - Rasulullah Uswatun Hasanah oleh ust Mukhtar dan ust Cik Roslan
Ceramah 2 - Kematian, azab dan seksa kubur oleh ustz Wan Mahani dan ust Ramlan
Ceramah 3 - Israk dan Mikraj oleh ustz Rosnani dan ustz Mazmin
Ceramah 4 - Fadhilat Rejab, Syakban dan Ramadhan oleh ustz Solihah dan Mohd Umar Jiman
(pelajar tg 4 Ikhlas)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR

Assalamualaikum wbt..dan salam Ukhuwwah

30 Julai 2009- Pentaksir Kebangsaan PBS PMR Ust Jamaluddin Halid dari Perak telah datang membuat penyelarasan dan pemantauan di SMK Pekan Kota Belud, Sabah. Alhamdulillah PBS berjalan dengan baik hasil paduan tenaga dan fikrah guru-guru, terima kasih kepada ustz Wan Mahani selaku ketua pentaksir sekolah PBS PMR yang bertungkus lumus menjayakan pengurusan PBS....sorry...kalau akak ni terlebih teliti.

AKAUNTABILITI PENTAKSIR
-memahami kepentingan PBS dan sedar tanggungjawab sebagai pendidik
-on time melaksanakan perancangan dan pengurusan PBS
-sentiasa sabar menghadapi karenah pelajar,prihatin, tekun dan dedikasi
-bersedia menerima teguran dan bersedia menghulur bantuan tenaga dan pendapat
-sentiasa komitmen, bekerjasama dan berkongsi masalah untuk diatasi serta bersifat hormat menghormati...
-berusaha memperbaiki kesilapan dan kelemahan dari semasa ke semasa....
-berfikiran kreatif dan inovatif..boleh dicapai melalui percambahan fikiran antara guru-guru.

Ahlan Wa Sahlan Bikum

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah....



Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Islam PMR tahun 2009 telah pun berakhir pada 31 Julai yang lepas.Saya dan beberapa orang rakan Pentaksir Negeri telah membuat penyelarasan dan pemantauan di beberapa buah daerah di negeri Sabah ini. Alhamdulillah..komitmen dan perjuangan PBS untuk mendidik anak bangsa menjadi insan beragama dan berakhlak mulia semakin berkobar, kefahaman guru semakin bertambah, usaha pelajar semakin menyerlah. Namun, masih ada insan bergelar guru yang mengabaikan tanggungjawab murni ini, membiarkan anak didik terkapai-kapai mencari bahtera untuk sampai ke destinasi...mudahan insan ini sedar akan tanggungjawabnya...