Diriwayatkan daripada Ibnu Ishaq, dia berkata: "sebahagian ulama menceritakan kepadaku bahawa ketika solat diwajibkan ke atas Rasulullah saw, Jibril mendatangi baginda ketika baginda sedang berada di atas bukit Mekah.
Jibril memukul sisi lembah dengan dengan tumitnya sehinga terpancar mata air. Lalu Jibril berwudhu', manakala Rasulullah saw memperhatikan sebagai pengajaran kepadanya bagaimana cara bersuci.Kemudian Rasulullah saw berwudhuk sebagaimana cara Jibril berwudhuk dan selepas itu kedua mereka berdiri bersama dan mengerjakan solat.Rasulullah saw pun mengerjakan solat sebagaimana solat Jibril. Lalu Jibril pergi. Rasulullah saw kemudiannya mendatangi Khadijah dan berwudhu' untuk memperlihatkan kepadanya cara bersuci untuk solat, sebagaimana yang ditunjukkan kepada baginda oleh Jibril.Lalu Khadijah berwudhuk sebagaimana wudhu' Rasulullah saw.Rasulullah kemudian solat bersama khadijah sebagaimana Jibril solat bersama baginda dan khadijah pun mengerjakan solat seperti solat baginda. (Rujuk buku Kuasa di Sebalik Solat oleh Syaikh Jalal Muhammad Syafi'i)
No comments:
Post a Comment