Tuesday, June 8, 2010

RISALAH MINDA



Sunday, May 2, 2010

HUKUM MEMOTONG KUKU KETIKA HAID ATAU JUNUB

Tiada sebarang halangan untuk memotong kuku ketika junub. Berkata Imam ‘Atha’ (seorang Tabi’in terkenal); “Harus orang yang berjunub untuk berbekam, memotong kuku dan mencukur rambut sekalipun tanpa mengambil wudhuk terlebih dahulu”[2] (Riwayat Imam al-Bukhari). Imam Ahmad tatkala ditanya berkenaan hukum orang berjunub yang berbekam (yakni mengeluarkan darah dari kulitnya), mencukur rambut, memotong kuku dan mewarnai rambut atau janggutnya,ia menjawab; “Tidak mengapa (yakni harus)”.

Selain itu, kemestian menanam rambut, kuku yang dipotong dan sebagainya juga tiada sebarang dalil (kecuali jika dibimbangi akan diambil dan disihirkan), demikian juga larangan memotong kuku di waktu malam. Wallahu a’lam

Sunday, April 4, 2010

KHITAN MENURUT ISLAM

tradisi yang telah lama dilaksanakan semenjak zaman Baginda Nabi Ibrahim a.s lagi . Dan ada pula yang mengatakan ianya merupakan tradisi masyarakat Arab sebelum Islam lagi , dan tok mudim yang terkenal di era-sebelum Islam itu bernama “ Ummu Anmar “ ~ sebagaimana menurut catatan Imam Al-Bukhari (rh) di dalam sahihnya . Tradisi ini terus dilaksanakan apabila datangnya Baginda Rasulullah s.a.w dan diakui pula oleh Islam sebagai salah-satu tuntutan agama .


HUKUM MENGENAI KHITAN :

Tuntutan mengenai khitan ini jelas disebutkan sendiri oleh Baginda Rasulullah s.a.w melalui hadisnya :
Ertinya : Dari Abu Hurairah r.a tatkala beliau meriwayatkan hadis mengenai 5 tuntutan fitrah iaitu : (1)- Bersunat (khitan) , (2)- Menucukur @ Membuang bulu-bulu di sekitar kemaluan , (3)- Mengerat kuku , (4)- Mencabut @ Membuang bulu-bulu ketiak , dan (5) – Mengerat @ Mengemaskan misai ~ Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari rh & Imam Muslim rh .

Khitan ini merupakan salah-satu daripada “ Sunan Al-Fitrah “ ( Tuntutan Fitrah Semulajadi Seseorang Manusia ) , samalah dengan tuntutan bersugi ( memberus gigi ) , memotong kuku , memotong bulu di bahagian kemaluan & ketiak , mengemaskan misai, memelihara janggut, beristinjak ( membersihkan kemaluan daripada kekotoran najis ) , anggota-anggota pelipat di tubuh badan kita ( sendi-sendi ) dan memelihara rambut . ~ Lihat : USUL MU’ASYARAH AZ-ZAUJIYAH , ms207 , oleh Syeikh Muhd Ahmad Kan’an . Terbitan : Darul Basyair Al-Islamiah , Beirut.


Pendapat ulama’berbeza mengenai hukum khitan

MAZHAB IMAM ASY-SYAFI’E (RH)

- wajib bagi lelaki , mahupun perempuan yang beragama Islam .

- Dalilnya ialah Firman Allah Ta’ala yang mewajibkan umat Islam mengikuti contoh-teladan daripada Datuk Para Nabi a.s , iaitu Baginda Nabi Ibrahim a.s :

Ertinya : “ Kemudian Kami wahyukan kepada engkau (hendaklah) engkau mengikuti agama Ibrahim yang lurus , dan tidaklah dia ( Ibrahim ) itu daripada golongan musyrikin “ ~ Surah An-Nahl , Ayat 127 .
Ertinya : “ Buangkanlah rambutmu ( yang menjadi tanda kekafiranmu sebelum ini ) dan berkhitanlah ( bersunatlah ) “ ~ Hadis Sahih riwayat Imam Abu Daud rh di dalam sanadnya : Kitab At-Toharah : 352 & Musnad Imam Ahmad Bin Hanbal rh : Musnad Al-Makkiyin : 15 , 370 .

MAZHAB IMAM ABU HANIFAH (RH) & IMAM MALIK (RH ) :
- SUNAT , sama ada bagi lelaki ataupun perempuan yang beragama Islam

MAZHAB IMAM AHMAD BIN HANBAL (RH) :
- wajib ke atas lelaki muslim dan sunat serta merupakan satu kemuliaan bagi wanita muslimah.

HIKMAH KHITAN PADA PEREMPUAN

1. Khitan penting untuk kehidupan seksual wanita untuk mudah menerima rangsangan.
2. Khitan dapat membawa kesempurnaan agama, kerana ia disunnahkan.
3. Khitan adalah cara sihat yang memelihara seseorang dari pelbagai penyakit.
4. Khitan membawa kebersihan, keindahan, dan meluruskan syahwat

* tujuan khitan laki-laki ialah untuk menghilangkan najis yang terdapat dalam kulit penutup kepala zakar. Sedangkan tujuan khitan wanita ialah untuk menstabilkan syahwatnya, karena apabila wanita tidak dikhitan maka syahwatnya akan sangat besar." [Lihat Majmu’ Fatawa 21/114].

Majoriti Ulama ; wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan




*Wallahu 'alam

Thursday, March 18, 2010

teks pengacara majlis...

(u. Kashmuri)

mengumumkan ketibaan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah.

(Nani)

Sidang hadirin dipersilakan berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu "negaraku" dan lagu "Sabah Maju Jaya"

Majlis mempersilakan

Selesai menyanyi

Majlis merakamkan ribuan terima kasih
Sidang hadirin dipersilakan duduk


(Ustaz)

Bismillahirrahmanirrahim……..

Yang Berbahagia, Tuan Hj Saifulzaman bin Sanggul, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam ,JPN Sabah

Yang berusaha, Datu Matlan Datu Unjong, Pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud merangkap pengerusi pengelola Nadwah Kepimpinan Islam, Peringkat daerah Kota Belud

Yang berusaha, Ustaz Ramlee Daud, Penyelia Pendidikan Islam daerah kota Belud

Barisan Ahli Jawatankuasa Nadwah Kepimpinan Islam, ustaz dan ustazah

para peserta, hadirin dan hadirat yang dihormati

Assalamualaikum WBT

(Nani)

Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa

bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

untuk itu, majlis mempersilakan fadhilatul ustaz ___________________________untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan

Amin..ya rabbal alamin
majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

(ustaz)

lembut bicara mengucapkan salam
tangan dihulur penuh kemesraan
majlis bermula bersulamkan kalam
ahlan wa sahlan kami ucapkan

selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP, SPI, JPNS atas kesudian menerima undangan ke majlis perasmian penutupan Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah2 Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Kota Belud bagi tahun 2009..

(Nani)

Tuan/puan yang dihormati..
kita teruskan majlis dengan menjemput wakil peserta nadwah kepimpinan Islam untuk menyampaikan ucapan...dipersilakan

Terima kasih kepada wakil peserta atas ucapan itu tadi
(ustaz)
Seterusnya majlis mempersilakan yang berusaha, Datu Matlan Datu Unjung, pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud merangkap pengerusi pengelola Nadwah Kepimpinan Islam peringakt daerah Kota Belud kali ini untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

(Nani)

Duduk segak wajah tampan
berbudi pekerti manis senyuman
marilah mendengar penuh perhatian
ucapan perasmian yang disampaikan

sidang hadirin sekalian

majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP,SPI,JPNS untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah2 Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Kota Belud bagi tahun 2009....dipersilakan....

Demikianlah tadi ucapan perasmian penutupan Nadwah Kepimpinan Islam yang disampaikan oleh tuan Haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP,SPI,JPNS....bagi pihak majlis merungkaikan ribuan terima kasih.

(ustaz)

sidang hadirin sekalian..marilah kita mengalihkan pandangan sejenak menyaksikan persembahan nasyid yang akan dipersembahkan oleh peserta Nadwah kepimpinan Islam...dijemput kumpulan al-Ikhwan....

majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid itu tadi

(nani)

adat bertunang ada cincinnya
adat program ada sijil dan hadiahnya

bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepeda peserta, majlis mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul KPP, SPI, JPNS diiringi oleh yang berusaha Datu Matlan bin Datu Unjong, pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud...dipersilakan....

majlis mempersilakan ketua kumpulan


(ustaz)

seterusnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada yang berusaha Datu Matlan Datu Unjung, pengetua SMK Pekan II Kota Belud yang sudi menjadi tuan rumah Nadwah Kepimpinan Islam kali ini...

majlis seterusnya mempersilakan Datu Matlan Datu Unjong untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul.....dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas penyampaian sijil, hadiah dan cenderamata sebentar tadi.

(nani)

sidang hadirin sekalian

bagai tak terasa majlis kita telah sampai ke penghujungnya....kemesraan ukhuwwah telah terbina, silaturrahim terikat sudah...ilmu bertambah, sikap berubah menjadi pemimpin yang berjaya...InsyaAllah

sayang selasih ditumpah minyak
bunga padi dengan jerami
kepada KPP terima kasih banyak2
kerana sudi bersama kami

(ustaz)

Kalau tiada jarum yang patah
harap simpan di dalam peti
kalau benar madah dan tingkah
harap sematkan di dalam hati

segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan yang benar itu datangnya daripada Allah SWT, silap dan salah adalah kelemahan diri kami sendiri

(ustaz & nani)
Akhirul kalam ...semoga kita berjumpa lagi...wabillahi taufiq wal hidayah.....assalamualaikum WBT...

Tuesday, March 9, 2010

KENALI KHULAFA' AL-RASYIDIN

Saidina Abu Bakar (khalifah pertama)

ucapan pertama beliau kepada orang ramai setelah dilantik menjadi khalifah:

"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.

Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.

Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.

Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.

Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian."


Saidina Umar al-Khattab (khalifah kedua)

-seorang yang berani dan tegas dalam bicara,berterus terang menyatakan fikirannya, terkenal sebagai pemidato dan ahli gusti

-Ketika hijrah..beliau keluar secara terang-terangan dan pedang sedia menghunus di tangannya bagi sesiapa yang menghalangnya

-Digelar “al-Farouk” iaitu orang yang dapat membezakan antara yg hak dan yang batil

-Gelaran diberi oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk
solat secara terbuka di hadapan Kaabah untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam
dan beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan Quraish.

-digelar juga al-hafs kerana kegagahannya

Saidina Uthman ibnu Affan (khalifah ketiga)

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau
merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau
digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”.

Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telahmembeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam

Saidina Ali bin Abi Talib (khalifah keempat)

Sayyidina Ali bin Abi Talib lebih lagi daripada Sayyidina Omar waraknya. Suatu hari dengan penatnya dia keluar mencari upah tetapi tidak berhasil. Bila balik di dapatinya tersedia tiga biji tamar. Sehari suntuk beliau tidak makan. Sedang ia hendak menyuap tamar yang ada di rumahnya itu tiba-tiba beliau teringat, "Tamar siapakah ini?". Isterinya Fatimah menerangkan bahawa tamar itu memang disimpankan untuknya. Baru ia hendak menyuap, tiba-tiba terdengar orang memberi salam dan berkata; "Saya orang miskin kelaparan, kerana Allah ..Ya Ali !!! berilah saya makanan". Tidak jadi ia menyuap makanan itu lalu diberikan kepada si miskin itu.

Bila beliau menyuap untuk kali yang kedua terdengar lagi satu salam dan menyeru; "Ya Ali.... saya anak yatim. Kerana Allah berilah saya makan kerana saya sangat lapar". Tidak jadi dimakannya tamar yang kedua itu lalu diberikan tamar itu kepada budak tersebut.

Sedang beliau ingin menyuap untuk kali yang ketiga, datang pula seorang lelaki. "Ya Ali...saya seorang yang merana, kerana Allah berilah saya makan". Tamar yang akhir itu terus diberinya, tinggallah ia dengan kelaparan demi kerana Allah.

Pada hari wafatnya berpuluh-puluh janda meraung menangis hingga gempar dan hairanlah orang melihatnya. Apabila ditanya kepada janda-janda itu?, jawab mereka:

"Tumbanglah harapan kami, putuslah pergantungan kami, kerana selama ini Ali lah yang menanggung dan menyara kehidupan kami"

Tiada siapa yang tahu bahawa Ali telah menolong janda-janda itu, Ali miskin kerana ingin menyenangkan orang lain. Inilah kemurnian peribadi Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Wallahhualam.

Monday, March 8, 2010

FAKTOR KEJAYAAN

Faktor yang akan membantu kejayaan seseorang itu :

(a) Kecerdikan dan kebolehan yang istimewa .......50 - 60 %
(b) Kesungguhan , minat dan cara-cara mentelaah yang memberi
kesan ............................ ...........30 -40 %
(c) Nasib dan faktor persekitaran ................10 - 15 %

Tuesday, February 23, 2010

MUTIARA HADIS

HADIS BERKAITAN HUTANG
Sabda Rasulullah saw;
“Jiwa seseorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya, sehingga hutangnya dilunasi”. (Riwayat Ahmad, Ibn Hajar dan al-Tirmizi)

HAK SEORANG MUSLIM
Sabda Rasulullah saw;
“Hak seorang muslim ke atas muslim yang lain ada lima: menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengikuti jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan menjawab bersin” (Riwayat al-Bukhari)


SELAWAT
Sabda Rasulullah saw;
“Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali, Allah SWT akan berselawat ke atasnya sepuluh kali” (Riwayat Muslim)

KEWAJIPAN MENGAJAR AL-QURAN
Sabda Rasulullah saw;
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada orang lain” (Riwayat Bukhari)

LARANGAN TIDAK BERTEGUR LEBIH TIGA HARI
Sabda Rasulullah saw: “Tidak halal bagi Muslim meninggalkan saudara Muslim yang lain lebih dari tiga hari di mana keduanya berjumpa lalu yang seorang memalingkan dirinya dari yang lain” – Hadis Riwayat Abu Daud dan al-Hakim

KEWAJIPAN SOLAT
"Sabda Rasulullah saw: Suruhlahanak-anak kamu mengerjakan solat jika mereka telah mencapai usia 7 tahun.Pukullah mereka kerana meninggalkannyajika mereka mencapai usia 10 tahun, dan pisahkanlah mereka di tempat tidur"
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah saw: Apa yang menghubungkan antara diri seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat.
(Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)

PRASANGKA YANG TIDAK BAIK
Sabda Rasulullah saw:” Jauhilah oleh kamu prasangka yang tidak baik, kerana Sesungguhnya prasangka yang tidak baik itu seburuk-buruk percakapan”
-Hadis Riwayat Muslim

Sunday, February 21, 2010

Program Klinik Jawi SEMPEN 2010

KERTAS KERJA KLINIK JAWI
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM & TASAWWUR ISLAM
SMK PEKAN KOTA BELUD TAHUN 2010

Pendahuluan

Jawi merupakan salah satu komponen asas dalam mata pelajaran Pendidikan Islam.Usaha menguasai kemahiran menulis dan membaca jawi sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di bilik darjah atau semasa ulangkaji kendiri.Oleh itu, pihak panitia pendidikan Islam sekolah ini mengambil inisiatif untuk melaksanakan program ”Klinik Jawi” dengan hasrat membimbing pelajar menguasai kemahiran ini dengan lebih mudah melalui beberapa kaedah yang lebih praktikal dan terancang.

Objektif

1- Memberi pendedahan kepada para pelajar cara dan teknik menulis dan membaca
jawi yang lebih mudah dan terancang
2- Menyuntik semangat kesungguhan mempelajari jawi dalam diri pelajar sebagai
satu warisan budaya yang perlu dikekalkan
3- Memberi pemulihan, pengukuhan dan pengayaan kepada para pelajar agar mereka
dapat meningkatkan kemahiran jawi dari semasa ke semasa.


Tarikh : Februari- September
(Masa P&P / 2 waktu Tambahan / Masa Nilam
sekurang-kurangnya 1 kali sebulan)

Tempat : Kelas/ Bilik Gerakan / Pusat Sumber
SMK Pekan Kota Belud

Sasaran : Pelajar tingkatan 1 hingga 5 (mengikut kelas / pelajar yang
diajar oleh GPI)

Ketua Mentor/
Fasilitator : Ustazah Rosnani Sidin

Mentor/ Fasilitator
:Semua Guru Pendidikan Islam (7 orang)

Pemantau : Pn. Dg Aziziah Mohd Tahir
Ketua Bidang Sains Sosial

Sumber Kewangan : Sekolah /Panitia





JAWATANKUASA PELAKSANA KLINIK JAWI
Penyelaras : Ustz Rosnani binti Sidin
Setiausaha : Ustz. Solihah Daud

AJK PA Sistem & Penyediaan LCD
Ustaz Mohd Ramlan Budiman
AJK Peralatan / Bahan Program
Ust Mukhtar Mat Arshad
AJK Fotografi
Ustz Mazmin Ag Matusin
AJK Jamuan
Ustz Wan Mahani Wan Muda
AJK Sijil
Ust. Cik Roslan Che Ani

Jadual Pelaksanaan Program Klinik Jawi 2010

17 Februari 2010 (Rabu) Taklimat dan Ceramah Jawi
(Para Mentor Jawi) di Bilik Gerakan oleh Ustazah Rosnani Sidin

Februari 2010 Modul 1
-pengenalan huruf
-padanan huruf
-menyambung huruf
-bunyi vokal
(Bahan Pintas Jawi –
buku bacaan 1)

*latih tubi menulis dgn betul

Mac 2010 Modul 2
-suku kata dan kata ganda
• terbuka + terbuka
• terbuka + tertutup
• tertutup + terbuka
• tertutup + tertutup

Apr 2010 Modul 3
-homograf
-diftong
-penggunaan ka dan ga

Jun 2010 Modul 4
-penggunaan imbuhan awalan dan akhiran
-penggunaan hamzah

Julai 2010 Modul 5
-perkataan b.arab / b.Inggeris
-akronim


September 2010 Modul 6
-Penilaian Jawi (bacaan dan tulisan)

(Bahan – Pintas Jawi –buku bacaan 3)


Kumpulan Mentor-Mantee Jawi

TINGKATAN /MENTOR /KELAS
1 Ust. Cik Roslan Che Ani 1 Ikhlas, 1 Syukor,
1 Kerjasama
Ust. Mohd Ramlan Budiman 1 Adil, 1 Berani, 1 Jujur
2- Ust. Cik Roslan Che Ani 2 Ikhlas, 2 Jujur
Ust. Mohd Ramlan Budiman 2 Adil, 2 Kerjasama
Ustz Wan Mahani Wan Muda 2 Syukur
Ustz Mazmin Ag Matusin 2 Berani
3- Ustz Wan Mahani Wan Muda 3 Ikhlas, 3 Berani, 3 Jujur
Ustz Mazmin Ag Matusin 3 Adil, 3 Syukur,
3 Kerjasama
4- Ustz Rosnani Sidin 4 Ikhlas
Ust. Mukhtar Mat Arshad 4 Jujur, 4 Syukur,
Ustz Solihah Daud 4 Berani, 4 Adil, 4 Kerjasama,
5- Ustz Rosnani Sidin 5 Ikhlas, 5 Jujur, 5 Syukur
Ust. Mukhtar Mat Arshad 5 Adil, 5 Kerjasama, 5 Berani

• Mentor hendaklah melaporkan perkembangan pelajar mengikut kelas setiap kali s elepas perjumpaan dilakukan. (borang laporan disediakan)

Anggaran Perbelanjaan
Bil Perbelanjaan Anggaran Catatan
01 Hadiah tokoh Jawi (mengikut tingkatan) 5 orang x RM10.00 =RM50.00 Diberi pada akhir program - September
02 -Kertas A4 size
10 Rim x RM12.00
=RM120.00 untuk fotostat bahan modul

JUMLAH RM170.00

Bahan-bahan Program yang diperlukan
-Kertas A4 size (untuk fotostat bahan modul)
-Marker Pen
Cadangan
-Anugerah Tokoh Jawi (mengikut tingkatan)

Penutup

Diharapkan program ini dapat meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pelajar dalam menguasai tulisan dan bacaan jawi seterusnya dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dalam ujian dan peperiksaan.

Disediakan oleh


(USTZ ROSNANI BINTI SIDIN)
Tarikh:

S.k - Fail

Thursday, February 4, 2010

Al-Quran Penjana Wahdah Ummah

Al-Quran..3x
Kitab suci kalam Allah
Mukjizat agung baginda Rasulullah
Panduan Hidup Umat Manusia

Al-Quran...
Syariat Islam yang sempurna
Mendidik akidah mengesakan Allah
Penjana wahdah ummah bermaruah
Terserlah kebenaran utusan Allah
Memupuk kasih sayang sesama manusia

Rahmat datang ke seluruh alam
Panji kedamaian menyeri kehidupan
Adab berputik manisnya iman
Tinggi taqwa berteraskan al-Quran

Ummah bersatu teguh berjuang
Pengorbanan ansar muhajirin jadi ikutan
Al-Quran dijunjung panduan kehidupan
Erat silaturrahim sesama insan.....

Al-Quran penjana wahdah ummah.....

Lirik oleh
Ustz Rosnani Sidin
5/2/2010

Sunday, January 17, 2010

Allahu Akbar

Allahu Akbar 3x

seluruh alam ciptaan Allah
indah menawan tiada tandingan
marilah kita sama lafazkan
Alhamdulillah syukur pujian...

Allahu Akbar..3x

Lihatlah pada bintang berkerlipan
menyeri kegelapan malam
bulan tergantung tanpa tiang
begitulah agungnya kuasa Tuhan

Allahu Akbar3x

siang malam silih berganti
sunnatullah ketetapan illahi
subhanallah maha suci Allah
hambaMu lemah tiada upaya

betapa kerdilnya kita di hadapan Allah
memberi nikmat tidak terkira
nikmat kasihNya tiada batasnya
sejauhmana kita mensyukuriNya...

Allahu akbar 3x

Lirik oleh
Rosnani Sidin

Wednesday, January 13, 2010

INSAN BERTAQWA DIKASIHI ALLAH

Mari renungkan hidup di dunia
Manusia sering lupa dan alpa
Perintah Allah dipersiakan
Amanah Allah dipermainkan

Insaflah diri setiap hamba
Hidup di dunia pasti ada akhirnya
Iman dan taqwa bekalan utama
Menuju kehidupan di akhirat sana

Jangan persiakan masa yang ada
Kelak dirimu akan merana
Banyak beramal mohon maghfirah
Mengharap redha jaminan syurga

Murah hati suci diri
Sifat mahmudah hiasi peribadi
Jalin kasih ingat janji illahi
Insan bertaqwa pasti dirahmati
……………………………..

Lirik oleh

Rosnani Sidin