Thursday, March 18, 2010

teks pengacara majlis...

(u. Kashmuri)

mengumumkan ketibaan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam, JPN Sabah.

(Nani)

Sidang hadirin dipersilakan berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu "negaraku" dan lagu "Sabah Maju Jaya"

Majlis mempersilakan

Selesai menyanyi

Majlis merakamkan ribuan terima kasih
Sidang hadirin dipersilakan duduk


(Ustaz)

Bismillahirrahmanirrahim……..

Yang Berbahagia, Tuan Hj Saifulzaman bin Sanggul, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Pendidikan Islam ,JPN Sabah

Yang berusaha, Datu Matlan Datu Unjong, Pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud merangkap pengerusi pengelola Nadwah Kepimpinan Islam, Peringkat daerah Kota Belud

Yang berusaha, Ustaz Ramlee Daud, Penyelia Pendidikan Islam daerah kota Belud

Barisan Ahli Jawatankuasa Nadwah Kepimpinan Islam, ustaz dan ustazah

para peserta, hadirin dan hadirat yang dihormati

Assalamualaikum WBT

(Nani)

Zikir Munajat Pembersih jiwa
Doa dipohon menjana taqwa

bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

untuk itu, majlis mempersilakan fadhilatul ustaz ___________________________untuk memimpin bacaan doa.....dipersilakan

Amin..ya rabbal alamin
majlis mengucapkan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu tadi..semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

(ustaz)

lembut bicara mengucapkan salam
tangan dihulur penuh kemesraan
majlis bermula bersulamkan kalam
ahlan wa sahlan kami ucapkan

selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP, SPI, JPNS atas kesudian menerima undangan ke majlis perasmian penutupan Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah2 Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Kota Belud bagi tahun 2009..

(Nani)

Tuan/puan yang dihormati..
kita teruskan majlis dengan menjemput wakil peserta nadwah kepimpinan Islam untuk menyampaikan ucapan...dipersilakan

Terima kasih kepada wakil peserta atas ucapan itu tadi
(ustaz)
Seterusnya majlis mempersilakan yang berusaha, Datu Matlan Datu Unjung, pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud merangkap pengerusi pengelola Nadwah Kepimpinan Islam peringakt daerah Kota Belud kali ini untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.....majlis dengan segala hormatnya mempersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima atas ucapan alu-aluan sebentar tadi.

(Nani)

Duduk segak wajah tampan
berbudi pekerti manis senyuman
marilah mendengar penuh perhatian
ucapan perasmian yang disampaikan

sidang hadirin sekalian

majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP,SPI,JPNS untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis penutupan Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah2 Menengah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat daerah Kota Belud bagi tahun 2009....dipersilakan....

Demikianlah tadi ucapan perasmian penutupan Nadwah Kepimpinan Islam yang disampaikan oleh tuan Haji Saifulzaman bin Sanggul, KPP,SPI,JPNS....bagi pihak majlis merungkaikan ribuan terima kasih.

(ustaz)

sidang hadirin sekalian..marilah kita mengalihkan pandangan sejenak menyaksikan persembahan nasyid yang akan dipersembahkan oleh peserta Nadwah kepimpinan Islam...dijemput kumpulan al-Ikhwan....

majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan nasyid itu tadi

(nani)

adat bertunang ada cincinnya
adat program ada sijil dan hadiahnya

bagi menyempurnakan penyampaian sijil dan hadiah kepeda peserta, majlis mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul KPP, SPI, JPNS diiringi oleh yang berusaha Datu Matlan bin Datu Unjong, pengetua SMK Pekan 11 Kota Belud...dipersilakan....

majlis mempersilakan ketua kumpulan


(ustaz)

seterusnya sebagai tanda penghargaan dan terima kasih, majlis mempersilakan yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada yang berusaha Datu Matlan Datu Unjung, pengetua SMK Pekan II Kota Belud yang sudi menjadi tuan rumah Nadwah Kepimpinan Islam kali ini...

majlis seterusnya mempersilakan Datu Matlan Datu Unjong untuk menyampaikan cenderahati kenangan kepada yang berbahagia tuan haji Saifulzaman bin Sanggul.....dipersilakan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas penyampaian sijil, hadiah dan cenderamata sebentar tadi.

(nani)

sidang hadirin sekalian

bagai tak terasa majlis kita telah sampai ke penghujungnya....kemesraan ukhuwwah telah terbina, silaturrahim terikat sudah...ilmu bertambah, sikap berubah menjadi pemimpin yang berjaya...InsyaAllah

sayang selasih ditumpah minyak
bunga padi dengan jerami
kepada KPP terima kasih banyak2
kerana sudi bersama kami

(ustaz)

Kalau tiada jarum yang patah
harap simpan di dalam peti
kalau benar madah dan tingkah
harap sematkan di dalam hati

segala kelemahan dan kekurangan mohon dimaafkan yang benar itu datangnya daripada Allah SWT, silap dan salah adalah kelemahan diri kami sendiri

(ustaz & nani)
Akhirul kalam ...semoga kita berjumpa lagi...wabillahi taufiq wal hidayah.....assalamualaikum WBT...

3 comments:

  1. Teks yang baik saya mohon untuk mengambil bait2 ayat yang sesuai dengan majlis saya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana sudi berkongsi dengan saya.

    ReplyDelete
  3. Mohon menggunakan beberapa bait yg menarik

    ReplyDelete