Tuesday, March 9, 2010

KENALI KHULAFA' AL-RASYIDIN

Saidina Abu Bakar (khalifah pertama)

ucapan pertama beliau kepada orang ramai setelah dilantik menjadi khalifah:

"…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah terpilih untuk memimpin kamu semua, dan saya bukanlah orang yang terbaik diantara kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik bantulah saya, kalau anda sekalian melihat saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran adalah suatu amanah, dan dusta adalah pengkhianatan.

Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat dipandangan saya, sesudah haknya saya berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang kuat diantara kamu adalah lemah dipandangan saya , sehingga saya terpaksa menarik kembali hak daripadanya, Insya Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda sekalian yang mau meninggalkan jihad.

Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah akan menimpakan kehinaan kepadanya.

Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu golongan, maka Allah akan menyebarkan bencana kepada mereka.

Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya melanggar (perintah) Allah dan RasulNya maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya. Marilah kita solat, semoga Allah memberi Rahmat kepada anda sekalian."


Saidina Umar al-Khattab (khalifah kedua)

-seorang yang berani dan tegas dalam bicara,berterus terang menyatakan fikirannya, terkenal sebagai pemidato dan ahli gusti

-Ketika hijrah..beliau keluar secara terang-terangan dan pedang sedia menghunus di tangannya bagi sesiapa yang menghalangnya

-Digelar “al-Farouk” iaitu orang yang dapat membezakan antara yg hak dan yang batil

-Gelaran diberi oleh Rasulullah semasa beliau membawa sekumpulan umat Islam untuk
solat secara terbuka di hadapan Kaabah untuk pertama kalinya dalam sejarah Islam
dan beliau sendiri yang menjaganya daripada gangguan Quraish.

-digelar juga al-hafs kerana kegagahannya

Saidina Uthman ibnu Affan (khalifah ketiga)

Beliau terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan baik hati. Beliau
merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah Arab, sehingga beliau
digelarkan dengan gelaran “al-Ghani”.

Selepas memeluk Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam, sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar. Begitu juga ketika umat Islam berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air minuman. Oleh itu Saidina Uthman telahmembeli telaga Ruma dari seorang Yahudi dengan harga 20 000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam

Saidina Ali bin Abi Talib (khalifah keempat)

Sayyidina Ali bin Abi Talib lebih lagi daripada Sayyidina Omar waraknya. Suatu hari dengan penatnya dia keluar mencari upah tetapi tidak berhasil. Bila balik di dapatinya tersedia tiga biji tamar. Sehari suntuk beliau tidak makan. Sedang ia hendak menyuap tamar yang ada di rumahnya itu tiba-tiba beliau teringat, "Tamar siapakah ini?". Isterinya Fatimah menerangkan bahawa tamar itu memang disimpankan untuknya. Baru ia hendak menyuap, tiba-tiba terdengar orang memberi salam dan berkata; "Saya orang miskin kelaparan, kerana Allah ..Ya Ali !!! berilah saya makanan". Tidak jadi ia menyuap makanan itu lalu diberikan kepada si miskin itu.

Bila beliau menyuap untuk kali yang kedua terdengar lagi satu salam dan menyeru; "Ya Ali.... saya anak yatim. Kerana Allah berilah saya makan kerana saya sangat lapar". Tidak jadi dimakannya tamar yang kedua itu lalu diberikan tamar itu kepada budak tersebut.

Sedang beliau ingin menyuap untuk kali yang ketiga, datang pula seorang lelaki. "Ya Ali...saya seorang yang merana, kerana Allah berilah saya makan". Tamar yang akhir itu terus diberinya, tinggallah ia dengan kelaparan demi kerana Allah.

Pada hari wafatnya berpuluh-puluh janda meraung menangis hingga gempar dan hairanlah orang melihatnya. Apabila ditanya kepada janda-janda itu?, jawab mereka:

"Tumbanglah harapan kami, putuslah pergantungan kami, kerana selama ini Ali lah yang menanggung dan menyara kehidupan kami"

Tiada siapa yang tahu bahawa Ali telah menolong janda-janda itu, Ali miskin kerana ingin menyenangkan orang lain. Inilah kemurnian peribadi Sayyidina Ali bin Abi Talib.

Wallahhualam.

No comments:

Post a Comment