Thursday, September 3, 2009

Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Islam PMR

Mesyuarat laporan PBS PMR dimaklumkan oleh Sektor Penilaian dan Peperiksaan akan dilaksanakan pada 10-11 September 2009. Bukan main lagi aku ni sibuk call dan sms semua KPKW mengingatkan mereka untuk menyiapkan laporan...KPKW pula sibuk sms dan call PKW...ada yang gelabah sebab tidak siap...yang paling hangat, ada yang bagi tahu komputer kena virus, hilang data dan laporan and macam-macam lagi la...Aku dah ingatkan banyak kali setiap kali mesyuarat kalau buat kerja jangan last minit....kita menyelaras dan memantau ni kena banyak ambil iktibar, ambil dan ikut mana-mana yang baik dan tinggalkan mana yang negatif...tapi apa yang berlaku, kita nilai kesilapan orang tapi kita tidak nilai/ muhasabah diri kita dulu...bukan pentaksir di sekolah ja last minit..Aku sendiri, PKW,KPKW pun begitu...tapi bukan semua...aku salute ramai rakan aku yang sangat prihatin dan dedikasi serta memberi sokongan padu untuk aku meneruskan hayat Ketua Pentaksir Negeri ni..bukan senang tau mau jadi ketua...bukan mau glamer tapi amanah yang ditanggung tu amat berat...Aku faham juga mungkin ada yang sangat sibuk dengan kerja-kerja di sekolah, lebih-lebih lagi sekarang ni musim trial exam, pulun habis la menurunkan ilmu dan petua kat anak didik....

Apapun....Sempena bulan puasa ni marilah kita sama-sama berusaha buang tabiat buat kerja last minit ni...terus-terang aku cakap..aku memang tidak suka kerja last minit, sesak nafas aku dibuatnya...Cuma adakalanya, kerja tu terpaksa last minit sebab dari orang pun last minit, tiba-tiba pass sama kita...so aku belajar juga cool diri, tarik nafas dan usaha yang terbaik dan termampu....mudah-mudahan apa yang kita buat mendapat hasil yang terbaik untuk anak didik kita... juga tidak lupa saya minta maaf banyak-banyak andai apa yang saya kata ni menyinggung perasaan...ini sekadar renungan kita bersama untuk bekerja dengan lebih baik, tidak salah kan kalau kita ingat-mengingat...

Senarai Ketua Pentaksir Kawasan PBS Pendidikan Islam mengikut daerah
1.ust Zulkifli Saari - Kota Kinabalu - orangnya teliti buat kerja tau!
2.ustz Ailen Usok - Penampang - kakak kesayangan aku ni!
3.ust. Ahmad Abrian - Pitas - gc ni, jangan main-main!
4.ust.Yukarmi Yusuf- Kota Marudu - orangnya cool ja!
5.ustz Lansian Marul - Kudat - adik aku yang cepat gelabah ni!
6.ustz Siti Norbayah Samion - Sandakan - kakak senior aku!
7.ust. Mohd Tarmimi - Beluran -KPKW aku yang paling kelakar!
8.ust Mohd Azrul Mahbub - Tongod /Telupid - adik rakan ju...apa khabar wak?
9.ustz Mardina Amie - Tawau - kakak aku yang manja, gc juga ni tau!
10.ustz Sharifa Samsudin - Semporna - susah nak contact dia ni!
11.ust Redzuan Mohamed - Lahad Datu -adik aku yang sporting!
12. Hasni Risi - Kunak - Rajin buat kerja ni!
13.ust Mohd Zaidi Mustapha- Kinabatangan - macam serious ja orangnya tapi tidak!
14.ust Mohd Shukor Bahari - Papar - senior UIA yang petah bercakap!
15.ustz Norhafiza Mustapha -Tuaran - bersedia membantu
16.ust Jamain Majid -Kota Belud- rakan seperjuangan tukar fikrah
17.ust Azizi Muji-Ranau - da jadi Ketua Unit P.Islam Ranau ni
18.ust Sulaimin Musinin-Keningau - aktif dalam dakwah
19.Ust. Shahidan Ilyas-Nabawan - selalu senyum
20.ustz Zaitun Naim-Tenom - dedikasi buat kerja
21.ust Maidis Pongot - Tambunan - orang lama yang berpengalaman
22.Norazman Mohd Noh -Beaufort - prihatin orangnya
23.Abd Malek Hitam -Kuala Penyu -KPKW yang selalu awal bagi laporan
24.Omar Saad -Sipitang - nak pegi sekolah ustaz untuk menyelaras tapi tak sempat

SYUKRAN KEPADA KPKW DAN PKW PBS PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2009....
jangan lupa hantar laporan dan claim ya...bawa masa mesyuarat.
Perkara yang perlu dilaporkan
1-Laporan penyelarasan
- Kekuatan
-Kelemahan / masalah yang dikesan
-Cadangan / tindakan
2-laporan Beza Skor (semua sekolah yang diselaras) cth;
beza skor 0 = 10 0rang
beza skor 2 =12 orang
dan seterusnya...macam tahun lepas juga, cuma ada penambahan kira index ralat.
*kalau tidak dapat kira peratus dan index ralat tidak apalah...saya faham ada yang baru...

JUMPA LAGI

1 comment:

  1. Salam, terima kasih dapat masuk dalam kategori orang prihatin....saya sebenarnya kagum macam manalah akak boleh bertahan sebagai KPN...kalau saya, dah lama resign...walau apapun saya tetap berbangga dan seronok memberikan khidmat bersama akak. Bila bukak blog akak ni dan lihat kesungguhan akak dalam menjalankan tanggungjawab ni, berfikir dua kali pulak saya untuk mengundur diri tahun hadapan...tapi tengok keadaan dulu lah yer...last but least keep up the good work...!!! jemput lawat blog saya yang ntah apa2 http://santai-norazman.blogspot.com

    ReplyDelete