Wednesday, December 30, 2009

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM SPM

PANDUAN MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK

• BACA ARAHAN DENGAN TELITI
• Baca Soalan Dengan Cermat
• Fahamkan Kehendak Soalan
• Menandakan Isi Soalan
• Catat fakta Jawapan secara ringkas
• Jawab soalan yang anda pasti boleh jawab (KERTAS 1 BHG B)
• Tulis Jawapan Yang Lengkap
• Sesuaikan dengan jumlah fakta dan markah yang dikehendaki
• JAWAPAN SEBAIK-BAIKNYA DIMULAI DENGAN ISI SOALAN

Contoh;
Dua akibat menipu dan berbohong terhadap individu ialah;
1
2.

• BERI JAWAPAN yang betul sesuai dengan kata tugas

• Contoh;
• -Apakah
• -Senaraikan
• -Nyatakan
• -Jelaskan
• -Terangkan
• -Huraikan

• Latih diri menjawab soalan (ada fakta dan huraian)

• JARAKKAN DUA ATAU TIGA BARIS ANTARA JAWAPAN
• BOLEH BERI JAWAPAN LEBIH (HANYA UNTUK SOALAN KBKK)
• JAWAPAN BAGI SOALAN PERBEZAAN HENDAKLAH JELAS DAN SELARI (IKUT TEKNIK YG BETUL)


SOALAN HUKUM & ALASAN
 Betul Hukum (1m), Betul Alasan (1m).
 Betul Hukum (1m), Salah Alasan (0m)
 Salah Hukum dan Betul Alasan (0m)

 SOALAN HUKUM DAN ALASAN MERUJUK KEPADA

 Perkara sunat
 Perkara makruh
 Perkara rukun
 Perkara/ syarat wajib
 Perkara yang membatalkan
 Perkara syarat sah

 Hukum dalam ibadat

Wajib, sunat, makruh, harus, haram, halal, sah, tidak sah, batal
Contoh Soalan Hukum

• En. Ali melakukan sembelihan tanpa membaca Bismillah
Hukum: Sah
Alasan : Membaca Bismillah ketika menyembelih merupakan perkara sunat

Hukum: Makruh /sah
Alasan :Membaca Bismillah ketika menyembelih sangat digalakkan

Biasanya, soalan yang dikemukakan dari tajuk-tajuk;
-Perkahwinan, talak, rujuk dan idah
-Ibadat haji
-Korban
-Akikah
-Sembelihan
-Sewa

TEKNIK MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM

• BACA PILIHAN JAWAPAN DENGAN TELITI
• SINGKIRKAN JAWAPAN YANG SALAH DAN TIDAK SESUAI
• PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPAT
• JIKA RAGU, BULATKAN NOMBOR SOALAN DAN JAWAB SOALAN YANG LAIN
• HITAMKAN JAWAPAN PADA KERTAS JAWAPAN

TEKNIK BELAJAR TILAWAH & HADIS KEFAHAMAN

• INGAT AYAT DAN SURAH SERTA TAJUK
• FAHAMKAN INTISARI AYAT / HADIS SECARA KESELURUHAN
• FAHAMKAN SUB-TAJUK DENGAN BAIK
• FAHAMKAN MAKSUD PERKATAAN YANG SANGAT RELEVAN DENGAN TAJUK

AYAT HAFAZAN
TINGKATAN EMPAT
-Ayat 162-163 Surah al-An’am
-Ayat 1-11 Surah al-Mukminun
-Ayat 12-19 Surah Luqman

TINGKATAN LIMA
-Ayat 128-129: Surah at-Taubah
-Ayat 35: Surah an-Nur
-Ayat 21-24 :Surah al-Hasyr


KESILAPAN MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM
TIDAK IKUT ARAHAN
JAWAPAN MELERET-LERET - buang masa

Contoh jawapan meleret-leret
• Sebagai pelajar, kita hendaklah memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada rakan kita supaya tidak suka menipu dan berbohong kepada orang lain.Janganlah suka menipu dan berbohong pada diri kita sendiri kerana kita akan dipandang hina oleh masyarakat dan dianggap sampah masyarakat.Oleh itu, elakkan tabiat yang suka menipu dan berbohong.

TULISAN SUKAR DIBACA,TERLALU KECIL
MENGGUNAKAN BAHASA DAERAH cth; jimat (Azimat), limpas (lalu) dll
MEMBERI JAWAPAN YANG MEMPUNYAIPERSAMAAN MAKSUD /jawapan berulang-ulang

-Jelaskan dua akibat menderhaka kepada ibubapa (6 markah)
1.Mendapat azab daripada Allah SWT
2.Akan dimasukkan ke dalam neraka
3.Mendapat siksaan Allah SWT dunia dan akhirat

TIDAK MEMAHAMI MAKSUD KEHENDAK SOALAN
Jelaskan dua tujuan para nabi dan rasul diutus kepada manusia (4 markah)
1. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan rasul

TIDAK MEMBERI PERBEZAAN ATAU PERBANDINGAN MENGIKUT TEKNIK YANG BETUL

Nyatakan perbezaan antara korban dan akikah (4 markah)
1.Korban dilakukan untuk memperingati pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail manakala akikah dagingnya sunat dimasak manis

JAWAPAN TERLALU RINGKAS
Terangkan dengan ringkas sifat peribadi Ibnu Khaldun (6 markah)
Rajin
Cerdas
Baik

OLAHAN AYAT TIDAK LENGKAP
Contoh;
Dua kelebihan orang yang sentiasa menyegerakan segala urusan ialah
1. Dikasihi Allah SWT………
Seperti menyegerakan solat

OLAHAN AYAT / PERKATAAN TIDAK BETUL /KURANG BAIK

Contoh;
Tujuan Nabi Muhammad saw diutus sebagai rasul ialah
1. Mewujudkan ajaran Islam

MEMBERI JAWAPAN PILIHAN DALAM SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1
EJAAN SALAH spt kemungkaran Allah SWT = kemurkaan Allah SWT/ menzalimi
qiamullail = melazimi qiamullail

MENGGUNAAN BAHASA / PERKATAAN SMS
TIDAK MENULIS NOMBOR SOALAN DENGAN BETUL

 HINDARI DIRI DARI MELAKUKAN KESILAPAN SEMASA MENJAWAB SOALAN
 KESILAPAN YANG DILAKUKAN MENYEBABKAN PELAJAR KEKURANGN ATAU KEHILANGAN MARKAH
 PRAKTIS MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK SEBAGAI LATIHAN FIZIKAL, MENTAL DAN INTELEK....INSYAALLAH ANDA PASTI BERJAYA...YAKIN BERJAYA!.

Sunday, December 6, 2009

Adab di Tempat Rekreasi

Rekreasi adalah salah satu terapi minda dan rohani jika ia dilakukan berdasarkan tuntutan Islam yang sebenar.Namun,apa yang menyedihkan ramai orang Islam tidak memahami tuntutan syarak dan adab di tempat rekreasi terutama dalam bab menjaga aurat.Ramai yang tidak segan silu memperlihatkan aurat kepada bukan muhrim (ajnabi) dan yang paling menyakitkan mata ada di antara mereka ini yang berpakaian bikini atau hampir-hampir telanjang(maaf sekiranya keterlaluan).Bukankah ini merupakan dosa bukan sahaja kepada pelaku tetapi juga kepada pengunjung lain yang melihatnya?

Oleh itu, kita perlu sedar perbuatan itu adalah salah dan haram serta mendapat balasan azab di akhirat kelak.Sepatutnya pihak rekreasi perlu menyediakan peraturan(Islamic rules) khususnya kepada orang Islam khususnya peraturan pakaian dan tempat yang lebih sesuai seperti memisahkan tempat mandi lelaki dan wanita.

Tempat rekreasi adalah tempat awam bukan persendirian. Kita hendaklah perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar rekreasi yag kita lakukan mendapat pahala bukannya dosa atau bala.Wallahu 'alam

Wednesday, December 2, 2009

Menghargai Keagungan Ciptaan Allah SWT





betapa agungnya kekuasaanMu ya Allah
Betapa indahnya ciptaanMu
Diri ini terasa kerdil
Diri ini insan kekurangan
Diri ini terpaku..
Mata memandang tidak berkerdip
Lafaz zikir meniti di bibir
hati memahami dan menghayati
semua ini anugerahMu yang perlu disyukuri

Angin meniup...
Kabus menutupi ruang alam
Titisan hujan membasahi bumi
Bunga-bunga segar mewangi
seakan memahami lumrah alam
turut merasai keagungan Pencipta
taat menurut sunnatullah

Apatah lagi kita manusia
sebaik-baik ciptaan
dikurniakan akal fikiran
ketaatan pada Allah kita utamakan
kekuasaan Allah SWT jadi sandaran
pegangan dan pedoman kehidupan
terus menempuh ujian hidup
liku-liku perjalanan
pahit manis, suka duka
kerana kita yakin KeagunganMu ya Allah
tidak ada bandinganya

Thursday, November 26, 2009

Mesyuarat Pelaporan PBS Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan pada 23-25 November 2009 di PSPN Shah Alam





















Kekuatan

• Secara keseluruhannya, pelaksanaan PBS berjalan dengan baik mengikut prosedur dan jadual yang telah ditetapkan oleh LPM
• Pengurusan sistem fail dan format borang disediakan dan diselenggarakan mengikut kehendak LPM.
• Pemberian skor adalah akur dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh LPM
• Bahagian Penilaian dan Peperiksaan JPN, Unit Penilaian dan Peperiksaan gabungan dan daerah, pihak pentadbir sekolah, ibu bapa dan guru memberi kerjasama yang baik ketika pelaksanaan PBS.
• Pentaksir sekolah yang kompeten dan berkaliber dapat membantu murid melaksanakan PBS dengan baik dan lancar.
• Terdapat sekolah yang mengadakan program pemulihan khas Al-Quran (kaedah Iqra’) sebagai sokongan kepada PBS. Ini memberi peluang kepada pelajar memperbaiki pencapaian pemarkahan dari semasa ke semasa dalam tempoh yang telah ditetapkan.
• Semua sekolah kerajaan negeri dan swasta, pengetua dan GPI telah diberi pendedahan tentang pelaksanaan PBS bagi semua mata pelajaran.
• Ibu bapa memberi kerjasama yang baik kepada pihak sekolah terutama dalam menilai dan memberi skor pemerhatian Adab dan Akhlak Islamiah (AAI).
• Murid-murid yang lemah berusaha untuk meningkatkan pencapaian prestasi diri terutama dalam menghafaz ayat-ayat hafazan dan seterusnya dapat mengamalkan ayat-ayat tersebut sebagi wirid dan doa dalam kehidupan seharian.
• Penghayatan akhlak Islamiah murid-murid dalam kehidupan seharian bertambah baik kerana adanya penilaian dan pemerhatian adab.
• Murid-murid berusaha memperbaiki kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran terutama dari segi hukum tajwid dan fosahah.

Kelemahan

• Pelaksanaan Pafa masih belum diselesaikan sehingga bulan Julai
• Segelintir murid masih tidak dapat menghafal dan tidak berminat untuk menghafal
• Ada pentaksir sekolah dan kawasan yang terlalu rigid dalam menilai murid
• Perlaksanaan PBS lewat dilaksanakan menyebabkan ianya tergesa-gesa dilakukan
• Tiada keselarasan dari item soalan PBS
• Pengurusan fail yang tidak dikemaskini.
• Terdapat sekolah yang melantik dalam kalangan guru yang baru mengajar (tidak pernah mengikuti kursus PBS) sebagai Ketua Pentaksir Sekolah / kurang berpengalaman
• Terdapat Pentaksir yang tidak melaksanakan pentaksiran di sekolah
• Segelintir Pentaksir Sekolah tidak memahami kriteria pengskoran PBS
• Penambahan jumlah tuntutan elaun penyelarasan untuk KPKw dan PKw yang terpaksa melakukan perjalanan sukar semasa lawatan penyelarasan ke kawasan pedalaman dengan mengambil kira kesukaran dan aspek keselamatan KPKw dan PKw (contohnya perjalanan melalui jalan sungai dan laluan lori balak di Sarawak)


Saranan / Cadangan

a.LPM

• Mohon kerjasama semua pihak mematuhi kerja pengurusan dan pengumpulan skor PBS.(rujuk mukasurat 32)
• Sebarang perubahan format daripada LPM hendaklah dimaklumkan lebih awal.
• LPM hendaklah memberi arahan dan maklumat kepada pemantau dan penyelaras dalaman untuk melaksanakan pemantauan dan penyelarasan PBS di sekolah masing-masing.
• LPM hendaklah mengeluarkan pekeliling berkaitan kes-kes khas dan prosedur keselamatan PBS.
• Menyelaraskan tatacara tindakan ke atas pelajar bermasalah disiplin, bermasalah p & p dan status agama perlu disediakan.

b. SPP / UPP

• Pemantauan dan penyelarasan PBS dilakukan sebanyak dua kali iaitu pada bulan April dan Julai
• Mesyuarat / taklimat pentaksiran PBS Pendidikan Islam peringkat negeri perlu diadakan pada awal tahun.
• Menyelaraskan tatacara tindakan ke atas pelajar bermasalah disiplin, bermasalah p & p dan status agama perlu disediakan.

c. KPN/KPKw/PKW/PKs/PS

-Pentaksir Negeri dicadangkan supaya melampirkan helaian kriteria pengskoran PBS P. Islam bersama dengan set soalan tahun semasa.
• Borang-borang yang hampir sama perlu disatukan bagi mengurangkan tugas perkeranian seperti borang pelaporan PBS dengan borang pelaporan perbezaan skor dan borang maklumat pentaksir dengan borang maklumat pentaksiran sekolah.


d. Sekolah

• Setiap sekolah perlu mengadakan kursus dalaman kepada semua GPI mengenai pelaksanaan PBS.
• GPI dan sekolah perlu memperkenalkan Pra PBS kepada Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.
• Ayat-ayat hafazan dijadikan amalan bacaan harian dan doa sebelum memulakan p & p.
• Guru Tingkatan 1 dan 2 mesti menyelesaikan PAFA dalam tahun semasa.


Purata Indeks Ralat Toleransi PBS mata pelajaran Pendidikan Islam peringkat kebangsaan tahun 2009 ialah 1.7

Monday, November 16, 2009

LAPORAN PBS PMR PERINGKAT NEGERI SABAH 2009

Kekuatan

1- Fail induk Pendidikan Islam dan Fail Pentaksir disediakan dengan kemas dan sistematik .Secara keseluruhan sistem pengurusan dan pentaksiran bertambah baik berbanding tahun-tahun lepas.

2- Guru Pendidikan Islam memahami prosedur pentaksiran dari segi kaedah pentaksiran, penskoran dan pengurusan penyediaan soalan.

3. Guru berusaha gigih untuk melaksanakan pentaksiran dan menyiapkannya sebelum tarikh tamat tempoh pentaksiran.

4.Pentadbir memberi perhatian yang baik dan serius tentang pentaksiran dan memastikan guru melaksanakannya dengan baik.

5. Ketua Pentaksir Sekolah memberi kerjasama yang baik kepada pentaksir dan pemantau serta bersedia menerima pandangan penambahbaikan pengurusan dan pelaksanaan PBS.


2.Masalah dikesan:
PENGURUSAN
1. Penyediaan soalan tilawah dan hafazan tidak mengikut sukatan dan tidak selaras antara pentaksir. Soalan yang disedikan juga tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan dan ayat yang disediakan terlalu panjang sehingga menyukarkan pelajar untuk menghafaz.Terdapat juga guru menggunakan buku teks sebagai instrumen soalan (SMK Pekan 11 Kota Belud), menyediakan soalan dalam tulisan rumi sahaja serta tidak mengikut sukatan ayat tilawah dan hafazan yang ditetapkan.
2. Kebanyakan guru hanya melaksanakan penilaian sekali sahaja kepada pelajar sederhana dan lemah.Pengukuhan dan pemulihan tidak dilasanakan.

3. Pentaksir sekolah terutama guru baru kurang memahami pengurusan dan pelaksanaan PBS kerana tidak mendapat input yang jelas tentang PBS. Pentaksir tersebut juga tidak ada inisiatif untuk bertanya kepada guru yang lebih arif dan berpengalaman.
-pentaksir sekolah yang menandatangani borang AAI untuk ibu bapa
-borang instrumen pelajar tidak disi dengan lengkap

4. Penilaian tilawah dan AAI lewat dilaksanakan, sehingga pertengahan Julai masih ramai pelajar belum dinilai dan diberi skor, manakala Penilaian AAI diabaikan dan dilaksanakan lewat dari tarikh yang dirancang.
5. Segelintir guru tidak selaras dalam pemberian markah kepada pelajar yang ditaksir.

6. Guru pentaksir di SMK Nabawan, Nabawan tidak melaksanakan pentaksiran tilawah dan hafazan.Ketua Pentaksir sekolah tidak memberi penerangan kepada pentaksir lain yang masih baru mengajar.Ketua pentaksir sekolah juga tidak hadir ke sekolah semasa pentaksir negeri datang menyelaras walaupun telah dimaklumkan lebih awal.Ini bermakna ketua pentaksir sekolah tersebut telah mengabaikan tanggungjawabnya.

7. Terdapat beza skor yang tinggi sehingga 32 markah (Tilawah + hafazan).
8. Guru memberi markah yang tinggi kepada pelajar sedangkan pelajar tidak layak mendapat markah tersebut.

9. Pertukaran guru menyebabkan pelaksanaan PBS terhenti seketika.
10. Kelewatan mengedarkan pelantikan Kpkw dan Pkw yang menyebabkan pentaksir kesuntukan masa untuk melaksanakan penyelarasan di sekolah-sekolah.

11. Penataran PBS peringkat daerah tidak dijalankan.Ini menyebabkan berlaku kecairan maklumat tentang perubahan PBS dalam kalangan GPI.

12. Perbezaan skor sangat tinggi (SMKA Irsyadiah, Ranau, SMK Banggi kudat -20, SMK Ranau -17 dan SMK Matupang Jaya- 23), SMK Pengiran Omar – 15).Ini berlaku disebabkan kurang kefahaman pentaksir sekolah tentang kaedah penskoran PBS.Selain itu, pelajar tidak diuji secara berterusan dan tidak diberi peluang untuk memperbaiki tilawah dan hafazan.
Contoh; pelajar yang boleh membaca tilawah diberi markah 6.

13.Kebanyakan sekolah tidak menubuhkan jawatankuasa kes-kes khas dan tidak ada
mesyuarat khas untuk meyelesaikan kes-kes khas secara selaras seperti masalah ketidakhadiran secara berterusan, masalah murtad, gantung sekolah, buang
sekolah, sakit berpanjangan dan sebagainya.

14.Segelintir guru mengabaikan penilaian PAFA, ramai pelajar masih belum ditaksir sejak dari tingkatan 1 lagi. Begitu juga segelintir guru yang berpindah tidak
melengkapkan evidens pentaksiran.

Sunday, November 15, 2009

GERAKAN SOLAT ADALAH BERASAL DARIPADA WAHYU ALLAH SWT

Rasulullah saw mempelajari wudhuk dan gerakan solat daripada Allah SWT melalui perantaraan malaikat Jibril

Diriwayatkan daripada Ibnu Ishaq, dia berkata: "sebahagian ulama menceritakan kepadaku bahawa ketika solat diwajibkan ke atas Rasulullah saw, Jibril mendatangi baginda ketika baginda sedang berada di atas bukit Mekah.
Jibril memukul sisi lembah dengan dengan tumitnya sehinga terpancar mata air. Lalu Jibril berwudhu', manakala Rasulullah saw memperhatikan sebagai pengajaran kepadanya bagaimana cara bersuci.Kemudian Rasulullah saw berwudhuk sebagaimana cara Jibril berwudhuk dan selepas itu kedua mereka berdiri bersama dan mengerjakan solat.Rasulullah saw pun mengerjakan solat sebagaimana solat Jibril. Lalu Jibril pergi. Rasulullah saw kemudiannya mendatangi Khadijah dan berwudhu' untuk memperlihatkan kepadanya cara bersuci untuk solat, sebagaimana yang ditunjukkan kepada baginda oleh Jibril.Lalu Khadijah berwudhuk sebagaimana wudhu' Rasulullah saw.Rasulullah kemudian solat bersama khadijah sebagaimana Jibril solat bersama baginda dan khadijah pun mengerjakan solat seperti solat baginda. (Rujuk buku Kuasa di Sebalik Solat oleh Syaikh Jalal Muhammad Syafi'i)

Saturday, November 14, 2009

KURSUS LDP DAN JAMUAN AKHIR TAHUN SEMPEN DI PROMENANDE HOTEL 14 NOV 2009

Pembentangan 1 ( Kompetensi Kecerdasan Minda)

oleh pengetua Sempen Abu Mos 'Onn bin Abu


"Pendidikan untuk minda dan juga hati"
Teachers should embrace student's heart as well as their mind

EIC ialah kebolehan untuk mengenali perasaan kita sendiri serta perasaan orang lain, memotivasikan diri kita sendiri dan mengurus emosi kita serta hubungan dengan orang lain.


Pembentangan 2 (Budaya Kualiti dalam perkhidmatan)
oleh En. Bunsu bin Gaga,
Unit Kepiawaian dan Dokumentasi, JPN Sabah
Masalah dalam kehidupan bekerja
* 1/3 tenaga disia-siakan kerana
1-membetulkan kesilapan
2-mencari barang
3-menyemak maklumat yang disyaki
4-membaiki dan membuat semula
5-meminta maaf kepada pelanggan kerana kesilapan
"Kepuasan pelanggan adalah petunjuk utama kepada kecemerlangan perkhidmatan"
Itulah antara butiran ceramah dalam LDP Sempen...yang penting kita ni perlu amanah dan ikhlas dalam budaya kerja, barulah kita ni cemerlang dunia dan akhirat....