Thursday, September 24, 2009




Aidilfitri 2009

anak-anak bermain bunga api
riang ceria menghibur hati
Ramadhan pergi Syawal berganti
maaf zahir dan batin ikhlas di hati

pulut dimasak dengan santan
kuah satay menambah kelazatan
saling berkunjung keluarga dan rakan
erat silaturrahim jalin kemesraan

gema takbir di pagi raya
tanda keagungan yang Maha Esa
jangan lupa pada yang tiada
al-Fatihah...hadiah untuk mereka

"Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah SWT

Kenangan Adilfitri 2009

Friday, September 18, 2009

MAJLIS IFTAR SEMPEN




15 September 2009 - majlis iftar SEMPEN telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam SMK Pekan Kota Belud atas cadangan ust. Cik Roslan.

Alhamdulillah majlis iftar mendapat sambutan yang baik daripada para guru dan para pelajar.Lebih kurang jam 5 petang para guru dan sukarelawan mula bertungkus lumus membuat persiapan tempat dan juadah...rasa seronok suasana begini,semangat bekerjasama dirasakan jalinan ukhuwwah dieratkan...apatah lagi diselitkan dengan gurau senda dan gelak ketawa...tentu rasa riang dan ceria...

Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh adik pelajar Muhd Umar bin Jiman, johan qari MTQ negeri Sabah 2008 dan 2009.Alunan bacaannya menenangkan jiwa menusuk kalbu, membisikkan kalimah suci mengagungkan kebesaran Illahi, rasa redha dan syukur atas nikmat Allah SWT yang maha Agung, menambahkan kecintaan kepadaMu ya Rabbi....

Selesai majlis iftar, para pelajar dan guru menunaikan solat maghrib, solat Isyak dan Tarawih di surau SEMPEN.walaupun surau sekolah kecil dan agak dhaif tapi ini bukan alasan untuk tidak mengimarahkan surau...betul kan?..Sebenarnya surau lama dirobohkan dan sekarang ini sekolah sedang dalam pembinaan bangunan baru...Mudah-mudahan dapatlah surau yang lebih kondusif selepas siap pembinaan nanti.

Syukran kepada guru-guru dan para pelajar yang menjayakan majlis ini...Terima kasih juga atas sumbangan ikhlas yang diberikan.Semoga kita mendapat limpah rahmat dan maghfirah Allah SWT....amin!!!
















Sunday, September 13, 2009

Salam Aidilfitri






Alhamdulillah hari ini genap 24 hari kita berpuasa...seluruh Muslim dan Muslimat bersiap sedia meraikan hari kemenangan dan kegembiraan pada 1 Syawal yang bakal menjelang tiba..Persoalannya adakah kita benar-benar mendapat kemenangan, menang memerangi nafsu dan syaitan, adakah kita benar-benar gembira dan bahagia...mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat....Ramai orang Islam berpuasa tetapi masih lagi melakukan perkara mungkar, dan tidak kurang juga ada yang tidak berpuasa sepanjang Ramadhan tetapi menyambut aidilfitri dengan gembira...adakah itu yang dimaksudkan dengan kegembiraan yang sebenar.

Kita berasa gembira kerana kita telah berjaya mengharungi ujian Allah SWT, bukan sekadar menahan makan dan minum tetapi menahan diri kita daripada melihat, mendengar dan memikirkan perkara yang tidak baik...dan apa yang penting sekali, kita berusaha untuk mempertingkatkan kualiti ibadat kita dari semasa ke semasa...bagi mereka yang tidak pandai membaca al-Quran, maka berusahalah untuk belajar..."di mana ada kemahuan di situ ada jalan", Allah SWT akan mempermudahkan segala urusan kita. Jangan beri pelbagai alasan, perkara yang wajib jika diabaikan berdosa besar tau!..Kita tidak tahu bila ajal kita tiba...biarlah kita menemui Allah SWT dalam keadaan kita tenang...dan beramal ibadat kepadaNya....


Kepada ahli keluarga, rakan-rakan tidak kira di mana jua berada dan pelajar SMK Pekan Kota Belud ...Selamat Hari Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin....

Aidulfitri merupakan tuntutan fitrah manusia, fitrah makan dan minum, berkasih sayang, menghubungkan silaturrahim dan ziarah-menziarahi, kasih-mengasihi, mencintai keharmonian melalui tradisi bermaaf-maafan tanpa mengira darjat, taraf dan bangsa.

Melalui perayaan ini juga, syiar Islam disebarkan melalui laungan takbir dan tahmid memuji keagungan dan kebesaran Allah SWT dan sebagai tanda kesyukuran yang tidak tehingga atas nikmatNya.

Pendek kata, aidulfitri adalah perayaan rahmat daripada Allah SWT yang menyatukan amalan duniawi dan ukhrawi...Wallahu A'lam


Friday, September 11, 2009

Mesyuarat Penyelarasan PBS Kebangsaan



LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN SKOR PBS PENDIDIKAN ISLAM PMR
TARIKH: 25 – 27 MEI 2009
TEMPAT: BILIK ZAMRUD, HOTEL EMPRESS, SEPANG

Tarikh : 26 Mei 2009
Masa : 8:.00 pagi – 10.00 pagi
Tempat: Bilik Zamrud Hotel Empress

Pengerusi dan Pembentangan: Ketua Pentaksir Kebangsaan iaitu Hj Jamaluddin b Halid

Kehadiran

1. Tn Hj Jamaluddin b Halid, Ketua Pentaksir Kebangsaan

2. Pn Fauziah Dinel,ketua Pentaksir Negeri Sarawak

3. Pn Norizan Mohammad, Ketua Pentaksir WP Putra Jaya

4. Cik Hjh Badriyah Shaikh Ahmad, Ketua Pentaksir Negeri Sembilan

5. Pn Hjh Faridah Amir, Ketua Pentaksir WP Kuala Lumpur

6. Pn Zarina A Rahman, Ketua Pentaksir Negeri Johor

7. Pn Hasnah Nik Hassan, Ketua Pentaksir Negeri Kelantan

8. Pn Pazdriyah Yacob, Ketua Pentaksir Negeri selangor

9. En Zulkifli Abd Rahman, Ketua Pentaksir Negeri Perlis

10. En Zainul Azhar Hj Yaacob Bakari, Ketua Pentaksir Negeri Pulau Pinang

11. En Suhaimi hj Endut, Ketua Pentaksir Negeri Pahang

12. En Wan Azman Wan Awang, Ketua Pentaksir WP Labuan

13. En Mohd Alwi b Shabudin,Ketua Pentaksir Negeri Kedah

14. Pn Rosnani Sidin, Ketua Pentaksir Negeri Sabah

15. Pn Hjh Saudah Mohd, Ketua Pentaksir Negeri Trengganu

16. En Tuba Nihrir Hassan, Ketua Pentaksir Negeri Melaka

17. En Abd Malek Awang, Ketua Pentaksir Perak


Pembentangan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ustaz Hj Jamaludin b Halid adalah berdasarkan buku Pentaksiran Islam PMR

1. KRITERIA PENSKORAN (RUJUK BUKU PENTAKSIRAN)
A. SKOR TILAWAH AL-QURAN

12 - CEMERLANG
9 - KEPUJIAN
6 -PENCAPAIAN


i. Calon yang tidak boleh membaca petikan tugasan teks al-Quran, guru dikehendaki menyuruh calon membaca teks al- Fatihah, barulah dikategori layak mendapat markah 6.
[Instrumen al-Fatihah dipaparkan di atas instrumen tilawah yang lain].

* Skor 6, 9 dan 12 kekal merujuk kepada kriteria yang ditetapkan

ii. Instrumen tilawah al-Quran boleh dirumikan. Calon boleh membaca al Al-Quran berdasarkan teks al-Quran yang dirumikan ( atas usaha murid itu sendiri, bukannya guru).
iii. Markah '0' kepada calon yang tidak hadir atau tidak mengambil peperiksaan.
iv. Calon yang tidak hadir, guru perlu ada bukti secara “black and white” seperti surat ketidakhadiran. Setiap laporan lawatan ke rumah hendaklah direkodkan [sebagai langkah-langkah keselamatan guru]


2. Calon pendidikan khas @ pekak dan bisu perlu memohon pengecualian daripada Pengarah Pelajaran Negeri.
3. Calon lembab (slow learner) dinilai oleh guru khasnya. Bagi calon lembam yang tidak ada guru khas, perlu memohon pengecualiaan daripada Pengaarh Pelajaran Negeri.

4. Calon yang tidak hadir, perlu ada bukti seperti rekod pergerakan mengesan calon dll

SKOR HAFAZAN
6 -Cemerlang
4 -Kepujian
2 -Pencapaian

· Murid gagal menghafaz ayat-ayat hafazan yang panjang.
· Sebagai cara untuk mengatasi masalah murid yang gagal menghafaz ayat-ayat hafazan, semua guru Pendidikan Islam dicadangkan supaya;
- murid membaca ayat hafazan sebagai latih tubi bacaan ayat hafazan setiap kali memulakan Pengajaran dan Pembelajaran
- mengedarkan ayat-ayat hafazan kepada murid.


B. SKOR ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH
· Penilaian ibubapa adalah muktamad dan tidak boleh diubah.
· Penilaian rakan sebaya boleh dijalankan oleh mana-mana rakan murid tersebut
· Penilaian guru: diambil kira penilaian guru mata pelajaran lain seperti guru kelas dan guru mata pelajaran
· Guru dicadangkan beri markah muktamad pada bulan Julai
· Murid asrama yang tinggal di asrama.
i. Ibubapa adalah penilai utama atau,
ii. Guru tingkatan dan warden boleh menilai murid tersebut[ seperti Sekolah Henry Gurney dan Sekolah Tunas Bakti]
· Sijil UTH tidak wajib dikeluarkan kerana telah tercatat dalam sijil sebenar PMR
C. PAFA
Pemarkahan : Lulus / gagal
Penekanan wajib dilaksanakan mulai dari tingkatan 1 – 3
Sijil PAFA tidak wajib dikeluarkan kerana telah tercatat dalam sijil sebenar PMR

Mesyuarat Postmortem PBS Pendidikan Islam PMR PERINGKAT NEGERI SABAH

Mesyuarat pelaporan dan postmortem PBS telah berakhir tadi 11 September 2009 pada jam 10.45 pagi.Beberapa orang KPKW tidak hadir kerana sebab tertentu tetapi mereka telah menghantar laporan penyelarasan dan beza skor.KPKW yang hadir ialah;
1-Mohd Zulkifli Saari
2-Siti Norbayah Samion
3-Redzuan Mohamed
4-Lansian Marul
5-Ahmad Abrian
6-Norazman Md Noh
7-Mohd Shukor bin Bahari
*Syukran kerana sudi berjihad hadir mesyuarat dan terima kasih atas komitmen dan komen yang diberi...InsyaAllah kita cuba yang terbaik.
*Masih ada KPKW yang belum hantar laporan, mohon hantar secepat mungkin melalui e-mail.
Alhamdulillah, ada penambahbaikan dari segi pengurusan dan pentaksiran PBS di sekolah, ramai pentaksir semakin faham dan telus melaksanakan tugas dengan dedikasi.Cuma pentaksir luaran menghadapi masalah pengurusan dari pihak sektor peperiksaan...InsyaAllah saya akan sampaikan segala komen membina kepada pihak berkenaan ...dan diharapkan pihak berkenaan dapat membuat tindakan yang sewajarnya...

* Berusahalah untuk meningkatkan kualiti kerja