Wednesday, December 30, 2009

TEKNIK MENJAWAB PENDIDIKAN ISLAM SPM

PANDUAN MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK

• BACA ARAHAN DENGAN TELITI
• Baca Soalan Dengan Cermat
• Fahamkan Kehendak Soalan
• Menandakan Isi Soalan
• Catat fakta Jawapan secara ringkas
• Jawab soalan yang anda pasti boleh jawab (KERTAS 1 BHG B)
• Tulis Jawapan Yang Lengkap
• Sesuaikan dengan jumlah fakta dan markah yang dikehendaki
• JAWAPAN SEBAIK-BAIKNYA DIMULAI DENGAN ISI SOALAN

Contoh;
Dua akibat menipu dan berbohong terhadap individu ialah;
1
2.

• BERI JAWAPAN yang betul sesuai dengan kata tugas

• Contoh;
• -Apakah
• -Senaraikan
• -Nyatakan
• -Jelaskan
• -Terangkan
• -Huraikan

• Latih diri menjawab soalan (ada fakta dan huraian)

• JARAKKAN DUA ATAU TIGA BARIS ANTARA JAWAPAN
• BOLEH BERI JAWAPAN LEBIH (HANYA UNTUK SOALAN KBKK)
• JAWAPAN BAGI SOALAN PERBEZAAN HENDAKLAH JELAS DAN SELARI (IKUT TEKNIK YG BETUL)


SOALAN HUKUM & ALASAN
 Betul Hukum (1m), Betul Alasan (1m).
 Betul Hukum (1m), Salah Alasan (0m)
 Salah Hukum dan Betul Alasan (0m)

 SOALAN HUKUM DAN ALASAN MERUJUK KEPADA

 Perkara sunat
 Perkara makruh
 Perkara rukun
 Perkara/ syarat wajib
 Perkara yang membatalkan
 Perkara syarat sah

 Hukum dalam ibadat

Wajib, sunat, makruh, harus, haram, halal, sah, tidak sah, batal
Contoh Soalan Hukum

• En. Ali melakukan sembelihan tanpa membaca Bismillah
Hukum: Sah
Alasan : Membaca Bismillah ketika menyembelih merupakan perkara sunat

Hukum: Makruh /sah
Alasan :Membaca Bismillah ketika menyembelih sangat digalakkan

Biasanya, soalan yang dikemukakan dari tajuk-tajuk;
-Perkahwinan, talak, rujuk dan idah
-Ibadat haji
-Korban
-Akikah
-Sembelihan
-Sewa

TEKNIK MENJAWAB SOALAN OBJEKTIF PENDIDIKAN ISLAM

• BACA PILIHAN JAWAPAN DENGAN TELITI
• SINGKIRKAN JAWAPAN YANG SALAH DAN TIDAK SESUAI
• PILIH JAWAPAN YANG PALING TEPAT
• JIKA RAGU, BULATKAN NOMBOR SOALAN DAN JAWAB SOALAN YANG LAIN
• HITAMKAN JAWAPAN PADA KERTAS JAWAPAN

TEKNIK BELAJAR TILAWAH & HADIS KEFAHAMAN

• INGAT AYAT DAN SURAH SERTA TAJUK
• FAHAMKAN INTISARI AYAT / HADIS SECARA KESELURUHAN
• FAHAMKAN SUB-TAJUK DENGAN BAIK
• FAHAMKAN MAKSUD PERKATAAN YANG SANGAT RELEVAN DENGAN TAJUK

AYAT HAFAZAN
TINGKATAN EMPAT
-Ayat 162-163 Surah al-An’am
-Ayat 1-11 Surah al-Mukminun
-Ayat 12-19 Surah Luqman

TINGKATAN LIMA
-Ayat 128-129: Surah at-Taubah
-Ayat 35: Surah an-Nur
-Ayat 21-24 :Surah al-Hasyr


KESILAPAN MENJAWAB SOALAN PENDIDIKAN ISLAM
TIDAK IKUT ARAHAN
JAWAPAN MELERET-LERET - buang masa

Contoh jawapan meleret-leret
• Sebagai pelajar, kita hendaklah memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada rakan kita supaya tidak suka menipu dan berbohong kepada orang lain.Janganlah suka menipu dan berbohong pada diri kita sendiri kerana kita akan dipandang hina oleh masyarakat dan dianggap sampah masyarakat.Oleh itu, elakkan tabiat yang suka menipu dan berbohong.

TULISAN SUKAR DIBACA,TERLALU KECIL
MENGGUNAKAN BAHASA DAERAH cth; jimat (Azimat), limpas (lalu) dll
MEMBERI JAWAPAN YANG MEMPUNYAIPERSAMAAN MAKSUD /jawapan berulang-ulang

-Jelaskan dua akibat menderhaka kepada ibubapa (6 markah)
1.Mendapat azab daripada Allah SWT
2.Akan dimasukkan ke dalam neraka
3.Mendapat siksaan Allah SWT dunia dan akhirat

TIDAK MEMAHAMI MAKSUD KEHENDAK SOALAN
Jelaskan dua tujuan para nabi dan rasul diutus kepada manusia (4 markah)
1. Memudahkan manusia berkomunikasi dengan rasul

TIDAK MEMBERI PERBEZAAN ATAU PERBANDINGAN MENGIKUT TEKNIK YANG BETUL

Nyatakan perbezaan antara korban dan akikah (4 markah)
1.Korban dilakukan untuk memperingati pengorbanan nabi Ibrahim dan Ismail manakala akikah dagingnya sunat dimasak manis

JAWAPAN TERLALU RINGKAS
Terangkan dengan ringkas sifat peribadi Ibnu Khaldun (6 markah)
Rajin
Cerdas
Baik

OLAHAN AYAT TIDAK LENGKAP
Contoh;
Dua kelebihan orang yang sentiasa menyegerakan segala urusan ialah
1. Dikasihi Allah SWT………
Seperti menyegerakan solat

OLAHAN AYAT / PERKATAAN TIDAK BETUL /KURANG BAIK

Contoh;
Tujuan Nabi Muhammad saw diutus sebagai rasul ialah
1. Mewujudkan ajaran Islam

MEMBERI JAWAPAN PILIHAN DALAM SOALAN OBJEKTIF KERTAS 1
EJAAN SALAH spt kemungkaran Allah SWT = kemurkaan Allah SWT/ menzalimi
qiamullail = melazimi qiamullail

MENGGUNAAN BAHASA / PERKATAAN SMS
TIDAK MENULIS NOMBOR SOALAN DENGAN BETUL

 HINDARI DIRI DARI MELAKUKAN KESILAPAN SEMASA MENJAWAB SOALAN
 KESILAPAN YANG DILAKUKAN MENYEBABKAN PELAJAR KEKURANGN ATAU KEHILANGAN MARKAH
 PRAKTIS MENJAWAB SOALAN DENGAN BAIK SEBAGAI LATIHAN FIZIKAL, MENTAL DAN INTELEK....INSYAALLAH ANDA PASTI BERJAYA...YAKIN BERJAYA!.

Sunday, December 6, 2009

Adab di Tempat Rekreasi

Rekreasi adalah salah satu terapi minda dan rohani jika ia dilakukan berdasarkan tuntutan Islam yang sebenar.Namun,apa yang menyedihkan ramai orang Islam tidak memahami tuntutan syarak dan adab di tempat rekreasi terutama dalam bab menjaga aurat.Ramai yang tidak segan silu memperlihatkan aurat kepada bukan muhrim (ajnabi) dan yang paling menyakitkan mata ada di antara mereka ini yang berpakaian bikini atau hampir-hampir telanjang(maaf sekiranya keterlaluan).Bukankah ini merupakan dosa bukan sahaja kepada pelaku tetapi juga kepada pengunjung lain yang melihatnya?

Oleh itu, kita perlu sedar perbuatan itu adalah salah dan haram serta mendapat balasan azab di akhirat kelak.Sepatutnya pihak rekreasi perlu menyediakan peraturan(Islamic rules) khususnya kepada orang Islam khususnya peraturan pakaian dan tempat yang lebih sesuai seperti memisahkan tempat mandi lelaki dan wanita.

Tempat rekreasi adalah tempat awam bukan persendirian. Kita hendaklah perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain agar rekreasi yag kita lakukan mendapat pahala bukannya dosa atau bala.Wallahu 'alam

Wednesday, December 2, 2009

Menghargai Keagungan Ciptaan Allah SWT





betapa agungnya kekuasaanMu ya Allah
Betapa indahnya ciptaanMu
Diri ini terasa kerdil
Diri ini insan kekurangan
Diri ini terpaku..
Mata memandang tidak berkerdip
Lafaz zikir meniti di bibir
hati memahami dan menghayati
semua ini anugerahMu yang perlu disyukuri

Angin meniup...
Kabus menutupi ruang alam
Titisan hujan membasahi bumi
Bunga-bunga segar mewangi
seakan memahami lumrah alam
turut merasai keagungan Pencipta
taat menurut sunnatullah

Apatah lagi kita manusia
sebaik-baik ciptaan
dikurniakan akal fikiran
ketaatan pada Allah kita utamakan
kekuasaan Allah SWT jadi sandaran
pegangan dan pedoman kehidupan
terus menempuh ujian hidup
liku-liku perjalanan
pahit manis, suka duka
kerana kita yakin KeagunganMu ya Allah
tidak ada bandinganya