Sunday, August 30, 2009

Mengapa kecundang dalam pelajaran?

Antara faktornya ialah
- kurang keyakinan diri, berasa rendah diri, beranggapan diri tidak pandai...menyebabkan hilang semangat dan tidak berminat untuk belajar ......ATAU merasakan diri sudah cukup pandai, bersikap sombong dan beranggapan tidak perlu belajar lagi...

-Virus "handphone" yang semakin menular penggunaannya dalam kalangan pelajar serta menjadi teman setia menjadi satu gangguan untuk memberi tumpuan ketika belajar sama ada di sekolah, di rumah atau di mana sahaja. Kalau dulu, teman setia pelajar ialah "buku nota"

-Sikap malas dan selamba serta tiada inisiatif untuk berdikari sendiri...pelajar dulu, guru tidak dapat masuk kelas pun tetap belajar dan ulangkaji tanpa disuruh....sebab itulah mereka berjaya.

-Sikap hormat kepada guru semakin terhakis...kebanyakan pelajar tidak menghiraukan nasihat guru, tidak melaksanakan kerja rumah walau diberi peringatan berkali-kali,Pelajar dulu, kalau kerja rumah tidak siap, bergegar lutut pergi sekolah...itulah mereka jadi manusia berguna.

-Kurang penghayatan agama terutamanya mengabaikan solat fardhu..tiap-tiap hari baca doa berkali-kali supaya ditambah ilmu, dikuatkan ingatan...tapi tidak juga bertambah ilmu, bahkan semakin kurang ilmu dan menjadi pelupa...mengapa?...kerana perkara asas dan wajib tidak dilaksana, berdoa pula main-main tanpa pengharapan dan keikhlasan.

"ingatlah wahai pelajar sekalian...betapa peritnya hidup tanpa ilmu..Ilmu dunia dan akhirat"

Friday, August 28, 2009

Cetusan Fikrah Perkongsian minda


Teknik Ulangkaji yang berkesan (Pendidikan Islam)
-Baca dan buat nota ringkas sesuatu tajuk sebelum diajar oleh guru- Guna teknik peta minda
dan pen pelbagai warna
-Fahamkan kandungan tajuk semasa pengajaran dan pembelajaran dengan baik
-Ulangkaji semula di rumah dengan menjawab soalan-soalan, contoh soalan SPM/PMR TAHUN-
TAHUN LEPAS atau modul latih tubi SPM / PMR mengikut teknik yang betul
-kaedah ulangkaji / mengingat fakta dipelbagaikan mengikut kesesuaian seperti
*teknik bercerita(ceritakan kepada kawan atau dengar kawan bercerita tentang sesuatu
tajuk)
*teknik pandang dengar seperti tiap-tiap hari melihat atau mendengar bacaan ayat-ayat
hafazan PMR /SPM melalui komputer/ laptop/kaset/CD/handphone atau lembaran ayat
yang ditampal di dinding kelas atau bilik...diikuti latih tubi menulis ayat dan menjawab soalan
berdasarkan format SPM/PMR
*latih tubi memahami dan menjawab soalan permasalahan hukum-hukum wajib, sunat,
makruh, harus dan haram
*kaedah akronim...contoh, ingat rukun kahwin: SISWA (suami, isteri,saksi, wali, akad nikah)
*Kaedah soal jawab / kuiz sesama kawan seperti tajuk ciri-ciri ajaran sesat Qadiani, Taslim dan Bahai- cari perbezaan dan persamaan ciri-ciri kesesatan tersebut...atau guna kaedah uji diri sendiri (penilaian kendiri)
#Kegigihan asas kejayaan

Kerinduan Padamu Ramadhan

rangkaian hati bertaut..
mengingatimu...
dada semakin berdebar
menunggu kunjunganmu...
betapa rindunya aku menemuimu

dalam amal dan doaku...
tidak putus-putus mengharap
berilah kesempatan bagiku
merasai kasih sayang dan sentuhanmu
sesungguhnya ada hari yang lebih baik dari seribu bulan
pautan jannah mahligai firdaus
mengharap maghfirahMu Ya Allah..

kesucian hati ketenangan jiwa
melalui setiap dugaan yang esa
sentuhan rahmatMu kurasai
keagunganMu kusyukuri
bintang berkelipan..bulan bercahaya
kecintaanku padaMu semakin membara
HidayahMu sentiasa kupinta....
Lindungilah aku dari segala noda dan dosa...
28 Ogos 2009 -Jumaat, my son 7th years birthday Mohd Rizq Isyraf - selamat ulang tahun sayang, umie doakan moga Isyraf jadi anak yang soleh dan bahagia dunia dan akhirat.

Program Ceramah Ilmiah

Program Ceramah Ilmiah anjuran Persatuan Agama Islam dan Surau SMK Pekan Kota Belud yang dibahagikan kepada 4 fasa ceramah bermula April hingga Ogos telah berakhir dengan jayanya....Mudah-mudahan pengisian ceramah dapat memandu pelajar menjadi insan berilmu dan berakhlak mulia, patuh pada ajaran agama...
terima kasih kepada pelajar Mohd Umar bin Jiman yang membantu guru-guru agama dalam menjayakan ceramah tersebut...

Ceramah 1 - Rasulullah Uswatun Hasanah oleh ust Mukhtar dan ust Cik Roslan
Ceramah 2 - Kematian, azab dan seksa kubur oleh ustz Wan Mahani dan ust Ramlan
Ceramah 3 - Israk dan Mikraj oleh ustz Rosnani dan ustz Mazmin
Ceramah 4 - Fadhilat Rejab, Syakban dan Ramadhan oleh ustz Solihah dan Mohd Umar Jiman
(pelajar tg 4 Ikhlas)

Pentaksiran Berasaskan Sekolah PMR

Assalamualaikum wbt..dan salam Ukhuwwah

30 Julai 2009- Pentaksir Kebangsaan PBS PMR Ust Jamaluddin Halid dari Perak telah datang membuat penyelarasan dan pemantauan di SMK Pekan Kota Belud, Sabah. Alhamdulillah PBS berjalan dengan baik hasil paduan tenaga dan fikrah guru-guru, terima kasih kepada ustz Wan Mahani selaku ketua pentaksir sekolah PBS PMR yang bertungkus lumus menjayakan pengurusan PBS....sorry...kalau akak ni terlebih teliti.

AKAUNTABILITI PENTAKSIR
-memahami kepentingan PBS dan sedar tanggungjawab sebagai pendidik
-on time melaksanakan perancangan dan pengurusan PBS
-sentiasa sabar menghadapi karenah pelajar,prihatin, tekun dan dedikasi
-bersedia menerima teguran dan bersedia menghulur bantuan tenaga dan pendapat
-sentiasa komitmen, bekerjasama dan berkongsi masalah untuk diatasi serta bersifat hormat menghormati...
-berusaha memperbaiki kesilapan dan kelemahan dari semasa ke semasa....
-berfikiran kreatif dan inovatif..boleh dicapai melalui percambahan fikiran antara guru-guru.

Ahlan Wa Sahlan Bikum

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah....



Pentaksiran Berasaskan Sekolah Pendidikan Islam PMR tahun 2009 telah pun berakhir pada 31 Julai yang lepas.Saya dan beberapa orang rakan Pentaksir Negeri telah membuat penyelarasan dan pemantauan di beberapa buah daerah di negeri Sabah ini. Alhamdulillah..komitmen dan perjuangan PBS untuk mendidik anak bangsa menjadi insan beragama dan berakhlak mulia semakin berkobar, kefahaman guru semakin bertambah, usaha pelajar semakin menyerlah. Namun, masih ada insan bergelar guru yang mengabaikan tanggungjawab murni ini, membiarkan anak didik terkapai-kapai mencari bahtera untuk sampai ke destinasi...mudahan insan ini sedar akan tanggungjawabnya...