Seronok betul pergi bercuti ni..tidak payah pergi oversea, di Ranau ni pun macam di oversea,pelancong luar pun ramai, pemandangan pun sangat indah, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi
Ikan tagal di Nalapak Ranau
bagi yang belum berkunjung ke sini...silakan berkunjung, seronok tau main dengan ikan...menurut pekerja di sana, ikan ni boleh merawat luka atau kudis di kaki
Mutiara Kata
"Imam As-Syafi'e berkata: setiap kali bertambahnya ilmuku, bertambah lagi kejahilanku"
"Kaya itu bukan kerana banyak harta tetapi kerana kaya ilmu dan jiwa"
Search This Blog
SOLAT TERAPI ROHANI DAN JASMANI
Rukun qauli dalam solat merupakan terapi rohani.Bacaan ayat al-Quran, doa dan zikir yang dilafazkan menghubungkan hati dan jiwa kita kepada Khalik Rabbul Jalil Allah SWT...apa jua masalah dihadapi dengan tabah dan tenang kerana kita yakin ada hikmah disebaliknya...
Manakala rukun fi'li pula merupakan senaman fizikal atau satu riadah yang dapat memperbaiki otot-otot atau struktur badan dan menghindarkannya daripada kerosakan.
"Kursus di Grand Borneo"
Pujangga Arab berkata "Al-ilmu fis sudur laa fil kutub"
Renungan Bersama
KENALI DAN CONTOHI AKHLAK RASULULLAH SAW
-Pemaaf, tidak pernah berdendam dengan musuhnya -Penyayang, sentiasa mendoakan kesejahteraan umatnya -Sabar mengharungi pelbagai ujian hidup -Tidak mudah kecewa dan berputus asa -Gigih dan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu
HADIS Sabda Rasulullah saw: “Amal seorang hamba yang pertama sekali dihisab ke atasnya pada hari akhirat ialah solat. Jika solatnya baik, maka seluruh amalnya yang lain akan baik.Dan jika solatnya rosak, maka seluruh amalnya yang lain akan rosak -Hadis Riwayat at-Thabrani
Kajian Psikologi- Pembelajaran Berkesan
-seseorang pelajar akan ingat ; 10% -apa yang dibaca 20% -dengar 30% -lihat 50% -lihat dan dengar 70% -disuarakan sendiri 90% -dilakukan sendiri
Pelajar perlu melihat, mendengar dan melakukan sesuatu aktiviti selain berkomunikasi dengan guru serta berkomunikasi di antara satu sama lain.
Buat Pelajar Sempen SPM 2009
Keazaman dan kesungguhan membara, ketabahan dan keyakinan adalah kunci kejayaan anda. 'SEMOGA BERJAYA SPM 2009"
Gambar dengan Afidah
Mapec
Gambar dengan Jannah
Majlis Anugerah Cemerlang Sempen 2009
DOA SEORANG HAMBA
YA ALLAH! YA RAHMAN...aku sujud kepadamu dengan keikhlasan, aku menyeru namaMu dalam alunan zikirku, aku redha menerima segala ujianMu, aku tidak henti-henti memohon maghfirahMu, berkatilah hidupku, keluargaku dan seluruh kaum muslimin...Tetapkanlah keimanan dan suburkan ketaqwaan kami kepadamu...Amin!!
INFO ISLAM
ANTARA ASAS KEBAHAGIAAN IALAH 1-MAWADDAH WA RAHMAH (KASIH SAYANG DAN BELAS KASIHAN) 2-PERGAULAN DAN KOMUNIKASI YANG BAIK