Sunday, October 16, 2011

Untukmu insan tersayang


Redup matamu
menggambarkan kejujuran
manis wajahmu
memancarkan sinar ketenangan
kata-kata bibirmu
mengungkap bait kasih sayang
mempamerkan kesetiaan

Engkau laksamana sanjungan'
bertahta di hati insan
untukmu...
seluas cinta kedamaian
setinggi gunung harapan
sedalam lautan kerinduan
anak-anak dilahirkan
pengikat kasih sayang dan kebahagiaan

Doa ku panjatkan
padaMu ya Rabbi...
mengharap RedhaMu
moga kebahagiaan ini berpanjangan
hatinya untukku
hatiku untuknya
ikhlas cinta keranaMu ya Allah
Cinta Illahi....

Pengajaran dan renungan hari ini


-Ilmu Allah terlalu luas tidak boleh dihitung dan diukur
-Nikmat Allah terlalu banyak..malu rasanya kalau tidak bersyukur
-Setiap kesusahan pasti ada jalan keluar dan penyelesaian
-Kesombongan dan keangkuhan membuatkan seseorang itu tidak dihormati orang lain...rendahkan diri walau apa jawatan sekali pun kita sandang ...yang pasti kita adalah sama hamba Allah yang dipertanggungjawabkan menjadi khalifah di muka bumi ini
-Jagalah hubungan baik sesama manusia..jalinkan mahabbah agar hidup harmoni...
-sabar atas segala dugaan dan ujian ynag menimpa walau sakit untuk dikenang....RIZQ 15.10.2011

Saturday, September 10, 2011

Teknik dan adab Belajar Cemerlang


Teknik belajar ini berdasarkan perkongsian dengan rakan-rakan, pelajar-pelajar cemerlang dan pengalaman sendiri semasa bergelar pelajar dan sebagai seorang guru....moga dapat menjadi panduan bersama.Buat anak-anak didik khas untuk kalian....

-Kesedaran dan motivasi yang tinggi tentang pentingnya menuntut ilmu untuk kesenangan dunia dan akhirat
Sediakan jadual waktu ulangkaji mata pelajaran
-Wujudkan study group dengan rakan-rakan
-Buat analisis kekerapan soalan tahun2 lepas, berikutan itu kita dapat meramal kebarangkalian topik yang akan keluar exam...
-Masa Ulangkaji yang paling baik pada waktu pagi sama ada sebelum subuh atau selepas subuh...(perlu ada disiplin dan kesungguhan yang tinggi)...sebab masa ini biasanya susah mau bangun..hehe
-solat sunat hajat setiap hari atau solat tahajjud dan istikharah setiap malam....hati akan lebih tenang dna mudah menerima pelajaran
-Amalkan membaca al-Quran.Ianya terapi penguat ingatan dan kesabaran
-Jaga adab dan tingkahlaku..tidak menyakiti hati orang ...orang yang baik, rendah diri dan sopan sentiasa didoakan oleh orang lain...
-Amalkan disiplin dan pengurusan masa yang baik....masa itu emas, masa yang pergi tidak akan berulang kembali...manusia sentiasa lalai dengan pengursan masa
-Ulangkaji pelajaran setiap hari walaupun sedikit, kualiti lebih baik dr kuantiti tetapi at last tidak faham..
-rajin bertanya guru atau kawan apa yang kurang difahami
-banyakkan latihan / latih tubi meggunakan pelbagai teknik agar rasa seronok dan tidak mudah bosan..(orang yang cinta ilmu tidak pernah bosan belajar walaupun menggunakan kaedah belajar tradisional)
-Sentiasa ikhlas dan patuh pada stiap peraturan, mengormati guru-guru dan mendapat restu mereka serta ibu bapa....

(akan disambung kemudian...11 sept 2011)

Bersambung semula...wahai anak-anak didik..
ingatlah...tumpukan perhatian semasa guru mengajar dalam kelas
ingat fakta-fakta penting yang disampaikan.

buat nota ringkas dalam bentuk peta minda, gunakan pen pelbagai warna kerana warna boleh merangsang minda untuk mengingat serta menarik perhatian dan minat untuk kita membaca dan ulangkaji semula apa yang kita tulis.

Rajin bertanya kepada rakan yang lebih faham dan cuba memahamkan rakan yang kurang faham...jangan kedekut ilmu tau!


Kita hendaklah membantu rakan yang lemah dalam pelajaran. Ini akan menguatkan lagi ingatan kita seterusnya membuatlan kita meneroka ilmu dnegan lebih mendalam...maknanya kita akan lebih faham...

Paling penting...hayati dan amalkan ilmu yang dipelajari...ilmu yang tidak dipraktis akan hilang dan layu begitu saja...

Sentiasa sabar dan tabah menimba ilmu...banyakkan berdoa...jangan lalai..elakkan mendengar lagu-lagu sambil belajar, walau orang kata senang faham pelajaran dan tidak boring tapi dikhuatiri ilmu tidak berkat kerana bercampur dengan elemen-elemen yang tidak baik....

Semoga kita bahagia hidup dunia akhirat...ilmu di dunia adalah bekalan untuk hari akhirat.....sambung lagi kalau ada kelapangan....15.10.2011...

Saturday, April 2, 2011

Gambar Kenangan

ADAB BERISTINJAK

Adab-adab Beristinjak dan Qadha Hajat
a.) Dilarang membuang air besar/kecil di jalan orang ramai atau tempat mereka duduk atau berkumpul kerana ia boleh menyakitkan mereka

b.)Elakkan kencing di tempat terbuka seperti tempat kencing berdiri yang dibina tanpa pintu tandas atau di mana-mana tanpa berselindung dari mata kasar.

c.) Elakkan daripada menghadap atau membelakangi kiblat.

d.) Dilarang membuang air kecil/ besar di air yang tenang dan bertakung

e.) Dilarang membuang air ke dalam lubang pada tanah atau dinding atau seumpamanya.

f.) Tidak menjawab salam ketika membuang air.
g.) Dilarang bercakap.

h.) Dilarang beristinjak menggunakan tangan kanan.

"Bersucilah kamu daripada kencing keranan umumnya azab kubur adalah dengan sebabnya."

"Rasulullah SAW telah melalui dua kubur yg sedang diazab penghuninya, kemudian baginda memberitahu bahawa seorang daripada mereka diazab kerana menjadi batu api antara dua orang agar bermusuh manakala seorang lagi diazab kerana tidak bersuci daripada kencingnya.

*Kebersihan tandas hendaklah dijaga dengan baik,sentiasa harum dan kondusif untuk digunakan serta diceriakan dengan hiasan yang indah seperti bunga dan hiasan dinding.