Friday, October 30, 2009

anak-anak permata hati





Anak sulung - Mohd Rizq Farhan
Anak kedua - Mohd Rizq Isyraf
Anak ketiga - Mohd Rizq Irfan
senyum tawamu
tangisan manjamu
melingkari setiap ruang hati
sesaat ku tinggalkanmu
bergelora jiwa ini
membara rindu mencengkam kalbu
Engkaulah penawar duka
Engkaulah pengubat luka
Engkaulah penghibur di kala sunyi
Engkaulah permata hati abah dan umi
tenang hati memandang raut wajahmu
kelopak mata bersinar ceria
telatahmu mengusik rasa
subur kasih sayang umi dan abah
Ya Allah...betapa agungNya anugerahMu
anak kecil kini telah pandai berbicara
mendidiknya bukan semudah yang disangka
Nasihat Luqman al-Hakim penuh berhikmah
bukti kasih seorang ayah
kepada anak-anak amanah Allah
Ya Allah...berilah hambaMu kekuatan dan ketabahan
melayari perjuangan dan pengorbanan
Harapan dan keazaman membara
anak-anak ini menjadi insan berguna

Thursday, October 29, 2009

Rakan Ju Kurikulum

Keikhlasan cermin
kesucian hati,
sabar itu penahan derita
dan ketenangan hati
tanda redhanya jiwa

Basahkan lidahmu
dengan zikrullah,
sucikan hatimu
dengan kalamullah

Tiada kejayaan
semanis madu
tanpa usaha
sepahit hempedu

Monday, October 26, 2009

Perkongsian Fikrah di Wilayah Persekutuan Labuan

Gambar ketika di Bilik Seminar Manikar Beach Resort, WP Labuan

23 Oktober 2009 - jam 4.10 petang penerbangan ke Pulau Labuan untuk menghadiri majlis ilmu Seminar Teknik menjawab SPM di Manikar Beach Resort anjuran Tenaga Insan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan dan Kuala Lumpur.

Saya telah disambut dengan mesra oleh consultant tenaga insan Cik Nordiana dan Cik Fatimah yang sedia menunggu ketibaan saya di airport Labuan, seterusnya membawa dan mengiringi saya ke bilik hotel dan dewan makan untuk minum petang. bersama saya seorang penceramah Sains, cikgu Eriana dari Sek Men Agama Inanam.

Kami dilayan dengan begitu baik dan ditempatkan di bilik VIP, bilik besar pulak tu...seronok rasanya, suasana pun tenang dan damai, amat selesa melakukan tugas-tugas.Sempat juga saya bersiar-siar di tepi pantai menikmati pemandangan indah di sana.

Esoknya slot ceramah bermula jam 9.30 pagi dan berakhir jam 3.30 petang, tengahari rehat dan makan tengahari. Alhamdulillah para pelajar memberi komitmen yang sangat baik, sesekali slot diselitkan dengan iklan alunan selawat dan dbacaan doa supaya mereka tidak bosan.

Selesai ceramah saya dijemput oleh kawan saya Nurdiana Alwi, pen.pengarah JAWI Labuan untuk memberi penerangan kepada guru-guru di bawah pentadbirannya berkaitan dengan Teknik Menjawab P.Islam dan Tasawwur Islam SPM.Satu pengalaman yang bermakna berkongsi ilmu dengan guru-guru veteran,lucu pun ada..Saya dan Diana tidak putus-putus senyum dan ketawa melayan karenah kelas P.Ramlee, Diana yang gelar begitu...

Selesai ceramah, guru-guru veteran tu bersalaman dengan saya, ada yang mohon restu guru la, minta doalah, rasa terharu pula, mudah-mudahan guru-guru tersebut lulus dengan cemerlang...Sahabat saya Diana, i salute n respect u la, bukan semua insan segigih dan setabah kamu melakukan kerja-kerja amal begini, sanggup jadi guru kepada mereka semata-mata untuk bantu mereka naik pangkat dan gaji...mulia sungguh hati kamu...baarakallahu fiki.

Wednesday, October 14, 2009

Pemantauan PBS PMR/SPM di SMK Mat Salleh Ranau

14 Oktober...kira-kira jam 7.40 pagi, saya, cikgu Jasli Jitul dan cikgu Ishak Mohd Yusof, Penyelia Unit Penilaian dan Peperiksaan daerah Kota Belud telah bertolak ke Ranau untuk menjalankan pemantauan di SMK Mat Sallah atas arahan daripada JPN.Baru saya sedari lama juga saya tidak berkunjung ke daerah Ranau, lama sudah berhasrat mau bercuti di sana tapi masa belum mengizinkan agaknya...harap-harap cuti sekolah ni dapatlah bawa anak-anak bercuti menikmati suasana indah dan tenang di sana...

Pemantauan berjalan dengan lancar...dah jumpa penolong Kanannya yang begitu peramah. kawan lama kepada cikgu Ishak...lepas pemantauan kami belik ke KB tapi....singgah dulu beli buah durian...sebagai tanda dan buah tangan dari Ranau...alhamdulillah sampai ke KB pada jam 1.30 tengahari, lepas tu saya ke sekolah semula untuk urus beberapa perkara....risau ni ada cikgu yang belum key in markah tingkatan 5, saya nak key in pula markah-markah tersebut dalam online SPM....
17 oktober ni ada sambutan Aidilfitri di sekolah, masih dalam suasana raya....akhir Syawal. Mudah-mudahan kita diberi kesempatan bertemu Ramadhan dan Syawal tahun depan....

Friday, October 9, 2009

GAYA BELAJAR ANDA


9 Oktober 2009 (Jumaat) - saya menghadiri Kem Kecemerlangan Akademik anjuran Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran negeri Sabah sebagai penceramah di Ostrich Lodge Kota Belud....Ini pertama kali saya menyampaikan ceramah bertajuk " Gaya Belajar Anda", biasanya saya dijemput untuk menyampaikan tajuk 'Teknik Menjawab Pendidikan Islam PMR/SPM atau Tasawwur Islam SPM....satu pengalaman yang indah...kita mesti yakin, bersemangat dan cekal menimba ilmu dan pengalaman....demi anak didik dan anak bangsa.

24 Oktober ini saya dijemput oleh Pusat Tenaga Insan Kuala Lumpur untuk menyampaikan ceramah Teknik Menjawab SPM di Wilayah persekutuan Labuan...dan esoknya ada satu lagi sesi ceramah "Gaya Belajar anda" di Ostrich Lodge Kota Belud.

14 Oktober...ada kem akademik di sekolah...saya juga yang dikehendaki memberi ceramah dan bengkel untuk subjek Pendidikan Islam SPM...Saya ni tidak suka menghampakan cadangan atau permintaan orang..selagi saya boleh lakukan saya akan lakukan....macam kapten boleh pula!

" Gaya belajar yang perlu dipraktikkan oleh pelajar hendaklah selari dengan tuntutan Islam"
1- meletakkan kecintaan kepada Allah, belajar dengan niat ikhlas kerana Allah SWT. ianya adalah satu ibadat dan kewajipan yang diperintah oleh Allah SWT untuk dilakukan.

2.Motivasi yang tinggi membara, kecekalan dan tanggungjawab juga mempengaruhi gaya belajar.di samping dorongan daripada keluarga, latar belakang kehidupan, rakan-rakan dan masyarakat...membantu belajar terus berazam tanpa mengenal putus asa dan rasa jemu untuk menimba ilmu.

3. gaya belajar yang betul ialah memberi tumpuan yang baik semasa P&P di bilik darjah atau ketika belajar secara individu atau study group
- 50% penumpuan di bilik darjah menyumbang kepada kejayaan menjawab soalan .

4.Ramai yang berpendapat waktu yang paling sesuai untuk belajar ialah pada waktu pagi di mana ketika itu minda kita dalam keadaan segar dan mudah untuk menerima sesuatu maklumat.
Dalam Islam menjelaskan waktu pagi adalah waktu yang semestinya digunakan untuk berfikir dan membuat persiapan.Waktu malam biasanya digunakan untuk mengulangkaji dan membuat kerja rumah atau latihan pengukuhan...ada juga pelajar cenderung untuk belajar pada waktu tengah malam seteleh tidur di samping menunaikan solat sunat seperti tahajjud...ada pula yang cenderung belajar selepas waktu subuh...ianya bergantung dengan kecenderungan dan kesesuaian.....
5. Buat penilaian kendiri dan latih tubi menjawab soalan-soalan

*Seorang pelajar perlu kreatif dan sistematik dalam merancang, mengurus dan melaksana gaya belajar yang lebih efektif agar proses pembelajaran berjalan dengan lancar.....
*Semangat dan keazaman membara untuk berjaya bisa menepis semua masalah dan ujian dalam mencapai kejayaan..ANDA MESTI YAKIN ANDA BOLEH...

Sunday, October 4, 2009

Lawatan Eksplorasi Ilmu


LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM TAMADUN ISLAM SABAH DAN KOMPLEKS TABUNG HAJI KOTA KINABALU ANJURAN PERSATUAN AGAMA ISLAM SMK PEKAN KOTA BELUD TAHUN 2009.....


MINGGU KESENIAN ISLAM SEMPEN



acara yang dipertandingan ialah...
1-hafazan ayat-ayat hafazan mengikut sukatan pelajaran tingkatan 1-5
2-khutbah Jumaat
3-Forum perdana
4-tulisan jawi
5-tulisan khat
6-nasyid - kemuncak majlis


" aktiviti / acara yang dijalankan merupakan salah satu usaha pendekatan dakwah agar pelajar cenderung melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran disamping menjadi alat pengukuhan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Ia juga satu usaha menggilap dan mengembangkan minat dan potensi pelajar dalam sesuatu kemahiran"


Terima kasih dan tahniah kepada para pelajar yang menyertai program ini.

Ziarah Aidilfitri

Thanx kepada rakan-rakan yang sudi datang rumah...InsyaAllah kami sekeluarga pula yang akan berkunjung ziarah...
Antara sahabat-sahabat jauh yang ziarah raya ke rumah ialah...
-Ahmad Abrian dan keluarga,bertugas di SMK Pitas, lain kali datang lagi ye...
-Nurdiana Alwi dan suami tersayang...orang Tawau.lama betul tidak jumpa dia ni...syukur ke hadrat Allah kita bersua juga...ada hikmah kawan sorang ni bertemu jodoh dengan anak kelahiran Kota belud...teruskan perjuanganmu Diana yang suci murni itu..

-Habibah Abdul Rashid dan keluarga...happy aku jumpa kou Bib, rindu betul dengan kou...kawan rapat sejak di TPHR seterusnya di UIA hingga kini...lain kali kita sambung sembang lagi...banyak cerita lucu mau cerita lagi ni....

....Apa yang penting..sahabat dekat atau jauh...budaya ziarah ini sangat bermakna dalam hidup, menghibur hati , mengubat rasa sunyi, bertukar maklumat, menambah pengalaman, berkongsi suka duka...erat kemesraan....

-mau tunggu lagi sahabat lain datang ziarah ni....jgn lupa bagi tahu supaya dapatlah aku ni sedia makanan sedap sikit....he..he..he...